G-Dragon BIGBANG secara rasminya telah menamatkan khidmat tenteranya!
Pada pagi 26 Oktober, G-Dragon telah menerima kunjungan mesra daripada 3,000 peminatnya yang setia menanti selebriti tersebut di Yongin, Gyeonggi Province. Turut kelihatan adalah ahli keluarganya.
G-Dragon menunduk hormat dan berkata, “Saya kembali setelah menamatkan khidmat tentera. Terima kasih kerana sanggup menanti dan sudi datang bertemu saya harini. Saya akan kembali berkarya serta memulakan aktiviti saya seperti dahulu dan saya berusaha dengan gigih.”
G-Dragon memulakan khidmat tentera pada 27 Februari tahun lepas dan berkhidmat di 3rd Infantry Division, lebih dikenali sebagai “White Skull” atau unit tengkorak di Daerah Gangwon, Cheorwon.
Ramai yang menanti G-Dragon untuk kembali mewarnai dunia hiburan. Selamat memulakan frasa kehidupan yang baru GD!