Jung Yong Hwa CNBLUE bakal tamatkan khidmat tentera pada 3 November ini

Wah, gembiranya rasa bila dikhabarkan ketua kumpulan CNBLUE, Jung Yong Hwa akan menamatkan perkhidmatan tenteranya pada awal November ini. Ya, tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Pada 23 Oktober lalu, agensi Yong Hwa, FNC Entertainment telah mengumumkan perkara ini menerusi laman web rasmi mereka. Yong Hwa juga dilaporkan akan bertemu dengan para peminatnya sekitar 15 minit di hadapan pejabat Gandong-myeon, Hwacheon-gun, Gangwon-do pada jam 8 pagi pada 3 November kelak. 

Jung Yong Hwa mula menjalani khidmat tentera pada 5 March tahun lepas. Sebelum mendaftar masuk, Yong Hwa telah didakwa mendapat layanan istimewa dari pihak universiti untuk memudahkan kemasukkannya ke universiti tersebut. Namun, pada akhirnya, Yong Hwa didapati tidak bersalah.

Yong Hwa merupakan ahli CNBLUE pertama yang keluar dari tentera. Manakala Lee Jung Shin dan Kang Min Hyuk masih lagi jalani khidmat tentera. Pada Ogos lalu, Lee Jong Hyun ambil keputusan meninggalkan kumpulan tersebut berikutan pembabitannya dalam skandal perbualan lucahnya.

Persoalannya, apakah hala tuju CNBLUE selepas ini dan apakah rancangan Yong Hwa sementara menunggu dua lagi rakannya yang masih berkhidmat.

Yang pasti, penulis sememangnya tidak sabar menanti kepulangan Yong Hwa ke dunia hiburan bersama karya-karyanya.

Sumber : FNC

loading...