Lee Hangyul dan Kim Yo Han, membuat kemunculan sulung mereka di hari terakhir majlis ‘Seoul Fashion Week’ yang berlangsung sejak 14 Oktober lalu dan bertempat di Dongdaemun Design Plaza, Jung-gu, Seoul.
Lee Hanghyul dan Kim Yo Han memasuki berdua-duaan sebelum mereka melaram sebentar di atas karpet disediakan untuk diambil gambar pula secara solo. Kebanyakan media Korea memuji ketampanan dimiliki oleh Kim Yo Han dengan bersesuaian dengan baju kemeja yang dipakainya, seterusnya menyebabkan kemunculannya di majlis tersebut mendapat liputan meluas sejak daripada itu. Netizen juga dilihat meluahkan keterujaan mereka menyaksikan Kim Yo Han mampu beraksi di situ walaupun kecederaan kakinya masih dalam proses pemulihan.
THE WAY I SCREAMED SHUT UP I LOVE THEM pic.twitter.com/wohptSDME1
— 💛 #SOULMATE (@yohangyulnet) October 19, 2019
Beberapa selebriti terkenal turut menyertai Seoul Fashion Week ini iaitu Hyejung AOA, Irene Red Velvet, Lee Ju Bin, Suran dan lain-lain lagi.
Sumber: The Sellup , OSEN, Newsen