[Gempar] Dunia kpop bergolak lagi dengan Roy Kim pula suspek kes edar video seks Jung Joon Young seterusnya

Baru-baru ini, pihak polis telah mengesahkan bahawa mereka akan menyiasat Roy Kim tak lama gi di atas dakwaan terbabit dalam penyebaran video seks Jung Joon Young setelah berpuas hati bahawa pemegang akaun Encik Kim di dalam laman ‘chatroom’ milik Jung Joon Young, Seungri dan Choi Jong Hoon itu adalah Roy Kim dengan nama sebenarnya, Kim Sang Woo. Jika anda pernah membaca artikel kami tentang lebih 9 selebriti yang disyaki terbabit dalam skandal bapa ayam Seungri sebelum ini, Roy Kim memang tersenarai kerana hubungan yang rapat antara kedua-duanya sejak menyertai program realiti Superstar K2 sejak tujuh tahun yang lalu.

Memetik laporan hani news, pihak polis berkata, “Semasa dalam proses menganalisis mesej kakaoTalk milik Jung Joon Young, berbagai-bagai laman ‘chatroom’ diperolehi dengan gambar dan video seks dikongsikan sesama mereka sendiri. Roy Kim sudah disahkan termasuk sekali di dalam ‘chatroom’ itu samada beliau pernah menonton, merakam atau berkongsi video seks itu.”

Pada 28 Mac yang lalu, Seungri telah didakwa bersama-sama dengan Choi Jong Hoon dan Jung Joon Young atas kesalahan menyebarkan video seks berdasarkan keterangan daripada saksi-saksi yakni mangsa.Choi Jong Hoon didakwa kerana memuatnaik enam gambar manakala Jung Joon Young pula didakwa di atas perkongsian lebih sebelas gambar, yang kesemuanya diperolehi tanpa kerelaan mangsa. Polis dikatakan sedang menyiasat kemungkinan Roy Kim pernah melakukan lebih teruk daripada itu iaitu merakam atau berkongsi video seks dan gambar mangsa. Undang-undang di Korea tak menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang hanya menonton video atau gambar seks yang dirakam secara haram.

Telepon pintar Jung Joon Young itu dilaporkan mempunyai 23 laman ‘chatroom’ dengan 16 orang pemilik akaun, kebanyakannya golongan selebriti termasuklah Lee Jong Hyun CNBlue dan Yoon Jung Hyung. Tambahan lagi, Wong Kyung Hwan, ketua pegawai Balai Polis Seoul Metropolitan turut berkata, “Kami sudah mengesahkan identiti dua selebriti yang dikaitkan dengan penyebaran gambar-gambar mangsa.” Salah satunya ialah Roy Kim, manakala seorang lagi telah dipanggil untuk siasatan sebelum ini.

Roy Kim sedang melanjutkan pelajaran di Georgetown University dalam bidang sosiologi. Sehingga kini, beliau tak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menafikan pembabitannya dalam skandal rakaman video seks bersama Jung Joon Young. Kali terakhir beliau memuatnaik gambar mereka turun padang bersama adalah pada 27 November yang lalu.

View this post on Instagram

⚽️❤️⚽️

A post shared by 로이킴 Roy Kim (@roykimmusic) on

Sumber: hani news , news inside

loading...