Cubaan Sajat melentik ikut gaya Jennie Blackpink, undang tawa netizen

May be an image of 2 people

Sajat, seorang usahawan produk kosmetik dan juga selebriti media sosial tempatan yang seringkali berhadapan dengan kontroversi berhubung status jantinanya, telah memuatnaik video ‘cover’ tariannya untuk lagu “Solo” dendangan Jennie Blackpink.

Video tersebut yang dimuatnaik sejak sehari lepas, bermula perlahan sebelum ditularkan dan menaik secara mendadak sehingga mencapai tontonan lebih 380,000 orang setakat ini. Rata-rata komentar yang diberikan mengundang tawa netizen apabila membacanya, antaranya memuji tariannya kali ini telah menyerlahkan kejantanannya (merujuk kepada status jantinanya yang dikatakan telah diubahsuai). Manakala yang lain pula tidak memandang soal jantinanya, sebaliknya memberi kritikan tajam terhadap tariannya yang kaku dan agak keras berbanding gaya tarian oleh Jennie yang lebih lembut dan feminin. Namun, hampir kesemuanya agak terhibur dengan ‘cover’ tarian yang dilakukan oleh Sajat.

Selain BTS, Blackpink dinobatkan antara kumpulan kpop amat popular di Malaysia. Bukti populariti mereka dapat dilihat dengan jelas dengan lagu ‘Ddu Ddu Ddu Ddu Ddu’ diiktiraf lagu kpop paling popular di Malaysia pada tahun 2018 menurut data RIM.

loading...