Pelakon drama ‘Untamed’ ini terpaksa akur dengan kehendak jutaan peminat membuka laman weibo sendiri

Pelakon kelahiran tanah besar China, Xiao Zhan akhirnya akur dengan kehendak peminatnya untuk membuka akaun weibo-nya tersendiri.

Laman weibo tersebut akan memfokuskan info terkini tentang kerjaya lakonannya di samping mahu mendekatkan lagi dirinya dengan peminat. Xiao Zhan amat dikenali setelah membintangi drama wuxia China, ‘Untamed’ di samping Wang Yibo pada tahun 2018. Lakonannya menerima kritikan positif selain dipuji kerana telah mempamerkan visual yang agak mengancamkan mata memandang. Sejak membintangi drama tersebut, carian nama Xiao Zhan sentiasa dalam tangga teratas di dalam weibo menandakan peminat belum puas lagi melepaskan diri mereka daripada genggamannya.

Bercerita tentang karier lakonannya di dalam tahun 2019 pula, beliau telah pun siap membintangi filem Jade Dynasty yang baru saja keluar di pawagam tempoh hari dan turut menjalani penggambaran wuxia lain seperti The Oath of Love dan The Wolf yang akan menemui penonton tak lama lagi. Selain bergiat aktif sebagai pelakon, Xiao Zhan juga merupakan idol daripada kumpulan X NINE.

Laman weibonya boleh diakses di sini.

Sumber: weibo

loading...