Tangisan rakan-rakan selebriti mengiringi pemergian Lee Hong Ki FT Island ke dalam ‘military’

Lee Hong Ki akhirnya akan direkruit menjalani latihan khidmat negara bermula hari ini.

Menurut portal OSEN, Lee Hong Ki telah pun menyertai pusat latihan ketenteraan di Bahagian ke-21 yang bertempat di Yanggu-gun, Gangwondo tanpa sambutan dan secara senyap-senyap pada tengah hari tadi, 30 September 2019. Beberapa selebriti seperti Park Shin Hye, DinDin (Lim Cheol) dan rakan FT Island juga mengunjunginya semalam bagi mengucapkan selamat tinggal. Sebelum dipanggil untuk berkhidmat sepenuhnya, Lee Hong Ki sempat membintangi drama jtbc Melting Me Softly bersama Ji Chang Wook, Yoon Se Ah dan Woh Jin Ah.

Lee Hong Ki bermula kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak menerusi drama ‘Magic Kid Masuri’ yang disiarkan pada tahun 2002. Sejak daripada itu, Lee Hong Ki bergiat aktif sebagai penyanyi dan menjadi vokalis utama FT Island bermula tahun 2007. Antara drama lakonannya termasuklah tvN Hwayugi dan SBS Modern Farmer.

Sumber: OSEN, chosun ilbo

loading...