Detektif Joo Won bergandingan dengan pakar fizik Kim Hee Sun untuk drama fiksyen sains terbaru, SBS Alice?

Kim Hee Sun, pemenang Best Actress 6th CARI Kdrama Awards menerusi tbc Woman of Dignity, dijangka akan kembali menerajui  industri drama korea semula. Beliau akan dibantu oleh Joo Won yang sedang meneliti skrip untuk drama terbarunya sejak selesai menjalani khidmat negara.

Seperti dipetik daripada laporan TV Report pada 20 September 2019, Kim Hee Sun sedang dalam rundingan akhir untuk membintangi drama SBS Alice bersama-sama Joo Won. Kedua-duanya masih mempertimbangkan tawaran lakonan berkenaan dengan positif sekali.

SBS Alice bertemakan rentas masa (“time travel”) berkisarkan tentang pasangan dua merpati sejoli yang dipisahkan dengan kehidupan abadi kerana kematian yang datang tiba-tiba. Kim Hee Sun bakal membawakan watak sebagai Yoon Tae Yi, pakar fizik terkemuka yang telah berjaya menyelongkar rahsia di sebalik bagaimana manusia boleh merentas masa setelah menemui detektif Park Jin Gyeom (lakonan Joo Won) yang sedang menyelesaikan beberapa peristiwa aneh. Yoon Tae Yi akan ditonjolkan dalam tiga peringkat usia, iaitu 20-an, 30-an dan 40-an disebabkan kebolehannya merentas masa.

SBS Alice bakal mendapatkan sutradara Baek Soo Chan (“SBS The Girl Who Sees Smell”,”SBS Into The World Again”) dan penulis skrip yang belum dinamakan lagi. Ia akan disiarkan pada pertengahan tahun hadapan.

Sumber:  tv report, newsen

loading...