Jimin bergelar putera mahkota Geumjeong, Busan selepas tempat lahirnya dijadikan sasaran perlancongan

Lokasi tempat lahir Park Ji Min BTS akan dijadikan sasaran perlancongan secara bersepadu setelah tema berjudul “Bercuti ke Geumjeong bersama Jimin BTS” yang dicadangkan oleh penduduk kawasan itu telah memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh Busan International Travel Fair ke-22.

Menurut laporan daripada allkpop, ratusan syarikat agensi perlancongan di seluruh dunia akan menyertai promosi tersebut dan mereka menjangkakan lebih ribuan pelancong akan bertandang ke sana. Berikutan kemenangan tersebut, Busan Transportation Cooperation juga akan mengadakan pameran arca dan lukisan Jimin di dalam Busan Asiad Stadium bagi memenuhi kehendak pelancong yang ramai.

Pengaruh Jimin di bumi Busan, Korea itu bukan calang-calang hebatnya. Selain Kang Daniel yang bergelar putera Busan, Jimin juga menerima gelaran yang serupa kerana dirinya yang ternyata sangat sinonim dengan penduduk Busan lagi-lagi di tempat lahirnya, Geumjeong. Malah pada Julai 2019 lalu menerusi kajian sedilik yang dilakukan oleh Korea Tourism Organization (KTO) untuk tempat-tempat menarik BTS yang menarik untuk dilawati, pantai Dadaepo, Busan mendapat tempat kedua paling popular yang mahu dijejaki oleh para pelancong. Jimin BTS pernah mengadakan vlog pada tahun 2016 lalu di pantai tersebut sewaktu beliau berkunjung menemui sanak saudara. Sambil menunjukkan kegigihannya bercakap dalam dialek Geumjong Busan, Jimin turut secara tak langsung mempromosikannya di hadapan jutaan peminatnya di seluruh dunia.

Hasilnya, tanda pagar #BusanPrinceJimin dinaikkan serta-merta bermula semalam sebaik saja kemenangan itu diraih.Sementara itu, segerombolan peminat Jimin di China akan mengadakan sambutan hari jadi penyanyi itu secara besar-besar mengikut tradisi dilakukan oleh mereka saban tahun dengan memaparkan ‘billboard’ di beberapa buah bandar terkemuka di seluruh dunia. Kuala Lumpur, Malaysia termasuk dalam senarai lokasi tersebut pada tahun lepas, dan kali ini pula  lokasi beralih ke Shanghai pula.

Foto yang dimuatnaik oleh seorang ‘wedding planner’.

Kalau anda kunjungi Busan, Korea, jangan lupa masukkan lokasi ini dalam senarai.

Sumber: allkpop, naver

loading...