Dituduh mencacah tatu buat Jungkook BTS, gadis ini pula tampil menafikan mereka pernah bercinta

Selepas Big Hit membuat kenyataan rasmi menyangkal spekulasi Jungkook sudah berpunya, pembuat tatu yang disebut-sebut telah melukiskan tatu pada lengan Jungkook BTS ini pula tampil menjelaskan cerita sebenar.

“Aku tak de apa-apa dengan Jungkook. Aku membuat hantaran ini kerana ditohmah dan menjadi mangsa salah faham oleh seseorang yang menyerupaiku. Aku tak mahu cakap apa-apa kerana orang takkan percaya aku, dan akhirnya aku akan dikecam dan dihina cukup-cukup. Aku mahu tegaskan aku tak pernah sesekali berjanji temu dengan Jungkook, mahupun mencacah tatu buatnya. Kami hanya berkawan rapat dan rasa terpanggil kerana ada peminat yang begitu terkesan dengannya.  Aku takkan cakap lagi. – tatooer_rennis “

https://www.instagram.com/p/B2gJru1J-q_/

Kenyataan gadis ini selari dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Big Hit petang tadi yang mengatakan Jungkook BTS dan dirinya hanya sekadar berkawan rapat saja.  Netizen menyambut baik penjelasan tersebut dan mahu khabar angin tentang Jungkook ditutup serta-merta. Sebelum ini, seorang netizen membuat hantaran di laman forum maya mendakwa dia menyaksikan Jungkook BTS berpelukan dengan seorang gadis merangkap sebagai pembuat tatu sambil menyertakan beberapa buah gambar yang dianggap sebagai ‘bukti’ olehnya.

Sumber: Joongang Daily