“Tiada penceraian dalam kamus hidupku, hanya Son Tae Young selama-lamanya,” – Kwon Sang Woo

Seperti dipraktikkannya di dalam watak-watak lakonan drama yang akan bercinta dengan wanita yang dikasihinya itu sehingga mati, Kwon Sang Woo tampaknya menyayangi isterinya lebih daripada apa yang digambarkan.

Sempena pelancaran filem ‘Shall It Do Twice’, Kwon Sang Woo diusik oleh wartawan yang menanyakan tentang kebarangkalian untuk menceraikan isterinya, Son Tae Young pada masa akan datang. Di dalam filem berkenaan, Kwon Sang Woo memegang watak seorang duda yang baru bercerai dengan isterinya (lakonan Lee Jung Hyun) sebelum cemburu melihat aksi bekas isterinya dengan kekasih baru.

Kwon Sang Woo tanpa melatah segera menjawab, “Tiada langsung cerai dalam kamus hidupku, selamanya Son Tae Young”. “Jangan bimbang, cerai hanya di dalam filem cereka saja,” katanya sambil tertawa kecil.

Kwon Sang Woo yang dikenali dengan drama-drama jiwang romantik seperti SBS Stairway To The Heaven dan MBC Sad Love Story, telah berkahwin dengan Son Tae Young sejak sepuluh tahun yang lalu. Pasangan yang bagai pinang dibelah dua ini dikurniakan dua orang anak, lelaki dan perempuan masing-masing pada tahun 2009 dan 2015.

Kwon Sang Woo mengangkat Lee Jung Hyun dengan begitu mudah sekali semasa dalam majlis pelancaran filem tersebut sebentar tadi. Umum diketahui, Kwon Sang Woo ialah seorang yang kerap membina badan dan tetap berbuat demikian walaupun telah dimamah usia.

Sumber: hankookilbo , sport chosun

loading...