Jihyo TWICE & Kang Daniel dilihat sedondon mengenakan pic merah jambu, tapi peminat pula ‘respon’ sebaliknya

Semalam, Jihyo TWICE menerusi laman instagram-nya telah memuatnaik beberapa gambar swafotonya dengan meletakkan ikon buah pic merah jambu sebagai turas (“filter”).

View this post on Instagram

비오는 오늘도 스페셜하게에✨💚🌈🦋

A post shared by TWICE (@twicetagram) on

Foto tersebut telah mendapat tindakbalas yang positif daripada peminat TWICE terutamanya dan menyangka hantaran yang dibuat oleh Jihyo tersebut ditujukan khas buat Kang Daniel kerana ikon buah pic merah jambu sememangnya sudah sinonim dengan Kang Daniel. Kang Daniel pernah mendapat jolokan buah pic kerana wajahnya mirip salah satu sticker bentuk pic tersebut di dalam Kakaotalk.

Namun, berita gembira itu pula telah mengundang kecaman daripada segelintir peminat Kang Daniel yang merasakan ikon buah pic berwarna jambu itu sepatutnya tak boleh digunakan oleh mana-mana selebriti, malah oleh kekasihnya sekalipun. Sindiran juga telah ditimbulkan di dalam beberapa laman forum seperti nate dan DCinside menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Jihyo.  Umum diketahui, Kang Daniel dan Jihyo TWICE sedang bercinta dan hubungan mereka itu telah disahkan oleh agensi kedua-duanya. Maka, sudah tentu sekali ia tak menjadi masalah untuk Jihyo menyatakan perasaan kasihnya terhadap Kang Daniel secara terbuka.

Kang Daniel akan mengadakan perjumpaan bersama peminat di Malaysia pada 21 September 2019 ini. Bagi mereka yang menggelarkan diri sebagai Danity, dapatkan tiket dengan segera di sini.

Sumber: WIKI Tree , wow keren

loading...