Masih lagi bersinar, Han Byul bakal bergelek lagu dangdut, manakala Santesh bertukar jadi ‘Oppa Gangnam Style’

Oppa kesayangan Twinkler, Hanbyul terima pujian menggunung daripada Tokti (Dato’ Sri Siti Nurhaliza), selaku juri tetap Big Stage musim ke-2. Tokti memberi komen positif dan berpuas hati dengan persembahan daripada Hanbyul untuk minggu ke 4 ini, dengan berpendapat bahawa Hanbyul sentiasa memberikan yang terbaik dan sentiasa ‘all-out’. Sempena bertemakan Duominasi,  Hanbyul diberi rakan duet, Sarah Suhairi, iaitu juara Big stage musim pertama untuk menyanyikan lagu daripada Pink yang berjudul ‘Just Give Me A Reason’.

Jom saksikan persembahan hebat daripada Han Byul dan Sarah Suhairi

Sudah pasti Twinkler juga merasa puas hati dengan komen yang membina daripada juri-juri. Namun tidak bagi oppa Hanbyul, beliau merasakan masih belum memberikan yang terbaik dan menginginkan persembahannya sentiasa berada diskala 100%. Hal ini kerana, Han Byul tidak ingin peminatnya kecewa jika beliau tidak melakukan yang terbaik.

kredit photo : ig Sarah Suhairi

Untuk pengetahuan semua, Sarah juga merupakan individu yang memilih lagu ‘Yang Sedang Sedang Saja’ daripada Raja Dangdut Malaysia, Iwan buat Han-Byul bagi tugasan untuk minggu kelima. Macam mana agaknya Oppa Korea ini akan menyanyikan lagu dangdut? Apakah mungkin Han Byul akan turut melakukan tarian gelek dipentas Big Stage? Sama-sama kita nantikan dangdut versi daripada Hanbyul pula. Pastinya, tugasan ini agak mencabar buat Han Byul kerana beliau perlu mempelajari serba sedikit lenggok irama dangdut. Namun, Han Byul pasti akan menjadikan cabaran ini sebagai satu sumber kekuatan untuknya terus memberikan persembahan yang lebih baik.

Santesh

Di samping itu, Santesh yang juga salah seorang peserta Big Stage musim ke-2 bakal betukar menjadi Oppa Gangnam Style kerana akan menyanyikan lagu Gangnam Style daripada PSY untuk minggu ke-5. Beliau yang juga berharap pilihannya kali ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Malaysia di Korea. Mungkin kali ini Santesh perlu berguru dengan Han Byul untuk mempelajari sebutan bahasa Korea dengan baik. Tidak sabar juga untuk saksikan Oppa Gangnam Style versi Santesh.

Minggu ke-5 ini membawa tema ‘Cannot Brain’ di mana para peserta bakal membawakan genre lagu di luar zon selesa masing-masing. Pastinya setiap peserta akan ada ceritera persembahan yang tersendiri. Paling penting bukan sekadar ‘kopipes’ bulat-bulat daripada penyanyi asal.

Apapun, KMania ucapkan selamat maju jaya untuk Hanbyul, Santesh dan semua peserta Big Stage 2019! Fighting! Buat peminat Han Byul, nah, minggu ini juga ada pesanan buat kalian.

loading...