Drama jtbc Moment of Eighteen baru saja melabuhkan tirainya semalam, namun kelibat pelakonnya, Ong Seung Wu masih belum mampu dilupakan oleh penonton drama tersebut di atas lakonan penuh keikhlasan yang cuba ditonjolkannya buat pertama kali dalam sejarah kariernya sebagai pelakon.
Seperti dipetik dalam ulasan ditulis oleh portal Heraldpop dan Chungcheong Reviews, Ong Seung Wu disayangi bukan kerana bakat sebagai penyanyi idol (yakni bekas ahli Wanna One) tetapi juga lakonannya yang tampak ‘natural’ dan agak memberangsangkan, sudah cukup untuk memastikan penonton berasa simpati dengan perwatakan yang dibawakannya. Ong Seung Wu menonjolkan watak budak sekolah bernama Choi Jun Woo yang mengalami penderitaan kerana keseorangan dan seringkali dipersalahkan kerana sejarah hidupnya yang tak berapa baik, tapi akhirnya mampu menanganinya dengan kematangannya sendiri selepas mendapat sokongan daripada cikgu dan rakan-rakan sekolahnya. Menurut Heralpop, Ong Seung Wu bijak melahirkan simpati penonton ke atasnya dengan lakonan berbagai warna lantas menampakkan keikhlasannya secara tak langsung, seterusnya melayakkan persembahannya untuk dihargai oleh penonton.
Penulis pula beranggapan Ong Seung Wu mempunyai bakat sebagai lakonan tapi perlu memperbetulkan postur badannya supaya bertepatan emosi lakonan yang ditonjolkan. Bagi penulis, disebabkan ketidakseragaman postur badannya telah menampakkan lakonannya sedikit kaku. Meskipun begitu, persembahan ‘debut’ Ong Seung Wu sudah jauh memintas kebanyakan pelakon Korea yang bergelar idol dan mempunyai karier tersendiri sebagai pelakon terutamanya dalam kalangan mereka yang berwajah jambu.
jtbc Moment of Eighteen yang meraih rating tertinggi dalam episod akhirnya semalam dengan nilaian sebanyak 3.9% berdasarkan data Nielsen, boleh ditonton di cenel tempatan 8tv setiap hari Isnin dan Selasa, jam 10.30 malam.
Sumber: Heraldpop , Chungcheong Review