[Gempar] Ku Hye Sun tak tahan sebak bila dapat tahu Ahn Jae Hyun keluar mabuk dengan gadis-gadis

Tampaknya, perkahwinan Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun tidak mungkin dapat diselamatkan lagi.

Pada 20 Ogos 2019 malam semalam, Peguam Ku Hye Sun telah mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya bahawa Ku Hye Sun pernah bersemuka dengan perempuan-perempuan yang menemani Ahn Jae Hyun ketika suaminya itu dalam keadaan mabuk atau bosan dengan perkahwinan mereka.

“Ku Hye Sun sangat tertekan apabila dapat tahu suaminya seringkali keluar mabuk bersama beberapa orang perempuan dan meminta suaminya untuk bercerai. Namun, selepas ibunya dapat tahu tentang penceraiannya itu, ibunya terus jatuh sakit. Ku Hye Sun komited untuk mempertahankan maruah keluarganya dan tiada langsung berniat untuk bercerai menerusi kenyataan dimuatnaik di dalam akuan media sosial peribadinya. Oleh itu, kenyataan agensi yang mengatakan mereka berdua sudah bersetuju untuk bercerai adalah tidak betul dan tak berasas,” kata peguam itu.

Peguam itu juga berkata Ku Hye Sun sedang berusaha untuk menamatkan kontraknya bersama HB Entertainment kerana agensi itu telah menghancurkan kepercayaannya dan mengganggu kehidupan peribadinya.

Kemelut penceraian Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun bermula selepas Ku Hye Sun membuat pengakuan mengejutkan pada 18 Ogos 2019 lalu bahawa Ahn Jae Hyun tergamak meminta cerai daripadanya tanpa berani memaklumkan pada ibunya. Namun, ia bertambah parah apabila pihak Ku Hye Sun menafikan sebarang kenyataan dikeluarkan oleh HB Entertainment kemudiannya, menyatakan dirinya tidak dirujuk bersama. Sebelum ini, netizen menyatakan malas buat kerja rumah bersama dan tidak mendengar kata menjadi punca keretakan rumah tangga yang terbina sejak tahun 2016 itu, berdasarkan pemerhatian mereka terhadap video lama ‘Newlyweds Diary’ dan temuduga dibuat oleh Ku Hye Sun.

Sumber: chosun ilbo, asiae

loading...