Inseong SF9 akan dikecualikan dari kesemua aktiviti kumpulan buat sementara waktu berikutan berdepan dengan kecederaan.
Pada 7 Ogos, agensi SF9; FNC Entertainment telah berkongsi kenyataan rasmi berkaitan perkara tersebut dilaman web rasmi mereka. Agensi terbabit menyatakan seperti berikut :
Hello, ini FNC Entertainment.
Tujuan kami menulis ini adalah mengenai Inseong SF9.
Semasa menjalankan aktivitinya baru-baru ini, Inseong berdepan dengan kecederaan sehingga menyebabkan tulang belakangnya retak. Inseong yang kesakitan terus di bawa ke hospital untuk pemeriksaan secara menyeluruh. Berikutan dengan kecederaan dialaminya, doktor menasihatkan agar Inseong berehat untuk tiga ke empat minggu bagi proses pemulihan.
Walaupun Inseong berkeras ingin menyertai siri jelajah konsert SF9, doktor mengatakan agar Inseong harus mengurangkan serta meminimumkan pergerakan tulang belakangnya agar dapat pulih dengan cepat. Oleh sebab itu, Inseong tidak akan menyertai konsert solo SF9 pada 10 Ogos ini.
Selain itu, Inseong merancang untuk beri tumpuan penuh kepada sesi rawatannya dan tidak akan mengambil bahagian dalam program sukan “Idol Star Athletics Championships” yang akan memulakan pengambaran pada 12 Ogos serta beraksi untuk festival muzik KCON di LA pada 17 Ogos. Kami akan memaklumkan kepada anda sebarang perubahan dalam jadual aktiviti Inseong di masa akan datang selepas Kami akan memaklumkan kepada anda tentang jadual masa depannya berikutan sebarang perubahan selepas kami memantau tahap pemulihannya.
Dengan berat hati, kami menyampaikan berita ini buat semua peminat yang yang ternanti-nantikan konsert itu. Agensi akan melakukan yang terbaik untuk Inseong agar beliau dapat pulih dengan segera dan kembali bertemu dengan anda semula.
SF9 dijadualkan akan menjayakan konsert solo mereka “2019 SF9 LIVE FANTASY #2 UNIXERSE” di Olympic Hall in Olympic Park, Seoul pada 10 Ogos ini. SF9 juga akan berkunjung ke Malaysia sempena siri jelajah konsert mereka pada 8 September depan. Dapatkah Inseong menyertai rakannya yang lain menghiburkan peminat di Malaysia?
Apapun, get well soon, Inseong!