MBC “Rookie Historian Goo Hae Ryung” masih lagi jadi pilihan penonton bagi slot drama Rabu-Khamis

Lima buah drama Korea yang mengisi slot drama Rabu-Khamis. Nampaknya, MBC “Rookie Historian Goo Hae Ryung” masih lagi mengekalkan peratus tontonan tertinggi bagi slot drama tersebut.

Berdasarkan carta Nielsen Korea, tayangan drama “Rookie Historian Goo Hae Ryung” pada semalam 7 Ogos telah mencatatkan bacaan purata sebanyak 5.1% dan 6.8% di seluruh Korea, sekaligus menjadikan drama yang paling ditonton pada sebelah malam. most-watched drama of the night.

KBS 2 “Justice” mengikut rapat dibelakang dengan merekodkan purata tontonan sebanyak 4.2 % dan 5.1% diseluruh Korea. Manakala drama  SBS “Doctor Detective” dilihat menunjukkan sedikit peningkatan dalam rating tontonannya dengan merekodkan bacaan purata  4.4 % and 4.8 % juga diseluruh Korea.

Bagi drama yang disiarkan menerusi TV kabel, OCN “Mr. Temporary” berjaya mencatatkan purata tontonan sebanyak 3.0 percent, dan tvN “When the Devil Calls Your Name” pula merkodkan bacaan purata  2.5 % tontonan pada episode yang disiarkan malam tadi.

Drama yang mana menjadi pilihan anda? Drama SBS “Doctor Detective” disiarkan di ONE TV ASIA Ch 393 pada jam 8.15 malam, KBS “Justice” pula bersiaran di KBS World TV Ch 391 dan 392 HD di jam 9.15 malam. Manakala tvN “When The Devil Calls Your Name” boleh ditonton di tvN Asia Ch 395 dan Unifi TV Ch 211 pada jam 9.50 malam. Tiga drama ini akan mengisi slot drama Khamis-Jumaat bagi tayangannya di Malaysia.

Sumber : Naver

loading...