EXO mungkin sepi tanpa kehadiran Xiumin selepas ahli pertama kumpulan itu kena ‘enlist’ mulai hari ini

Hari ini, Kyuhyun daripada kumpulan Super Junior (Suju) telah melangkah keluar menjadikannya ahli kumpulan terakhir selesai menjalani latihan ketenteraan. Tapi lain pula berlaku pada kumpulan EXO apabila Xiumin menjadi orang pertama diarahkan untuk menyertai latihan ketenteraan mulai hari ini. Kedua-dua Super Junior dan EXO telah pun mencapai zaman kegemilangan masing-masing pada sekitar tahun 2008-2009 dan 2015-2016.

Kim Min Seok atau dikenali sebagai ‘Xiumin’ akan menyertai kem latihan ketenteraan di daerah Gangwon pada hari ini senyap-senyap di atas permintaannya. Sebelum melangkah masuk, Xiumin sempat memuatnaik beberapa gambar di laman sosialnya dengan potongan rambut dan penampilan yang berbeza bersertakan kapsyen berbunyi , “Tunggu sekejap. Saya akan tinggalkan untuk anda.”

Berdasarkan kiraan umur ahli masing-masing secara rambang, Suho akan mengikutinya sekurang-kurangnya sebelum menjelang tahun 2020. Chanyeol, Chen dan Baekhyun menyusuli kemudian sebelum tahun 2021 berakhir. Do Kyung Soo, pemenang Popular Actor CARI Kdrama Awards & 55th Baeksang Art Awards baru-baru ini, akan menyertai mereka setahun selepas itu. Dan akhir sekali, Kai dan Sehun akan mengikuti jejak langkah mereka sebelum tahun 2023 berakhir. Manakala, Lay Zhang pula ialah warganegara China dan bebas melakukan apa-apa aktiviti EXO selagi kontraknya bersama SM Entertainment bersambung. Mereka dijangka akan bersatu dengan kesemua ahli berhimpun bersama sekurang-kurangnya pada akhir tahun 2025.

Sumber : IS Plus , Instagram (Xiumin)

loading...