Ini dia 3 sebab kenapa korang kena tonton drama “Welcome 2 Life”

“Welcome 2 Life”, merupakan drama yang bertemakan rom-com, fantasi dan perundangan. Drama ini mengisahkan tentang seorang peguam, Lee Jae Sang yang mementingkan diri sendiri di mana beliau akan melakukan apa sahaja menggunakan kuasanya samada baik atau sebaliknya untuk memenangi sesuatu kes. Disebabkan terlibat dengan satu kemalangan,  Lee Jae Sang terperangkap dalam ‘parallel world’ dan mula menjalani kehidupan sebagai seorang pendakwaraya yang tegas dan penegak keadilan.

Drama yang dibintangi oleh Rain, Lim Ji yeon dan Kwak Si Yang akan memulakan tayangan episode perdananya pada 5 Ogos dan akan terus ke kaca tv anda menerusi Oh!K Ch 394 pada 6 Ogos. Kali ini kami akan kongsikan beberapa fakta dan sebab kenapa anda perlu menonton drama “Welcome 2 Life”.

1.Pelakon Utama Yang Bertepatan

Menurut penulis skrip drama, Yoo Hee Kyung berkata, “Faktor utama penulisan saya adalah untuk mencari titik tengah antara komedi dan drama konvensional. Saya ingin menghasilkan skrip drama di mana penonton akan ketawa dan kemudian dapat menarik serta mengalihkan perhatian mereka dari ketawa kepada emosi yang lain. Oleh itu, saya memerlukan pelakon yang ada kemahiran di mana mereka mampu menterjemahkan komedi dan drama dalam satu masa. “

Rain

Dalam fikiran, saya mahukan Rain untuk drama ini. Kami telah bertemu dan mengadakan bacaan skrip. Tak sangka beliau seorang yang penuh imaginasi, cepat bertindak dan seorang pelakon yang pintar juga.Rain juga menghayati karakternya dengan baik semasa sesi bacaan skrip sehinggakan saya sebagai penulis berpuas hati dan terpaku.

Rain (Sketch, Come Back Mister) akan membawakan watak Lee Jae Sang, seorang peguam yang penuh egois. Merupakan seorang peguam yang hebat disebuah firma guaman terkemuka JK, Jae Sang akan melakukan apa sahaja untuk menang. Pada suatu hari, Lee Jang Sang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan tidak semena-mena beliau berada dalam ‘parallel world’ atau dunia selari. Kali ini, beliau dapat melihat dirinya menjadi seorang pendawaraya yang tegas dan seringkali menegakkan keadilan. Hubungannya dengan mereka yang berada disekelilingnya juga berubah.

Menurut sumber produksi, ” Semasa penggambaran, Rain membuat semua orang ketawa dengan aksi lucu yang tidak kita harapkan dari seorang peguam yang egois. Perubahan karakternya tidak dapat dibayangkan dan bakal mengundang tawa penonton. Pastinya ia menguji kewibawaan Rain sebagai seorang pelakon untuk membawakan dua watak yang berbeza dan pastinya ramai yang menantikan bagaimana Rain akan mempersembahkan watak tersebut. Apa yang penting, ramai yang ingin melihatnya membawakan watak bapa setelah bergelar bapa di dunia nyata.

Lim Ji Yeon

Penulis skrip juga menyatakan bahawa beliau adalah peminat Lim Ji Yeon sejak pelakon tersebut debut. “Lim Ji Yeon merupakan pelakon wajah baru dan personalitinya buat saya tertarik. Wataknya sebagai Ra Si On, mungkin kelihatan sukar tapi sebenarnya tidak. Lim Ji Yeon seorang yang ceria dan penuh semangat dalam kehidupan sebenar, jadi saya rasa dia mampu mengekspresikan wataknya dengan sempurna.”

Lim Ji Yeon akan memainkan peranan sebagai bekas teman wanita Lee Jae Sang,  Ra Si On, the one and only detektif wanita dalam unit jenayah yang gemar bertindak secara melulu. Biarpun Ra Si On mempunyai keperibadian yang kasar, beliau sebenarnya peramah. Selepas berpisah dengan Lee Jae Sang 10 tahun yang lalu, keduanya tidak pernah berada dalan keadaan yang baik. Dalam dunia dimensi yang lain, Ra Si On seorang isteri dan ibu yang ceria, penyayang, bersemangat dan selalu memberikan sokongan kepada suaminya, Lee Jae Sang.

Menurut sumber dari produksi “”Lim Ji Yeon sangat komited dalam mempamerkan watak seorang detektif yang kasar. Anda pasti akan terpegun melihat betapa gilanya dia membawakan watak itu. Dalam dimensi dunia yang lain, anda akan saksikan Lim Ji yeon sebagai isteri dan ibu yang cantik serta penyayang. Jadi anda semua dapat melihat dua watak yang sangat berbeza dari Lim Ji Yeon.”

Kwak Si Yang

Menurut penulis skrip, “Apa yang suka tentang Kwak Si Yang keran ‘duality’nya. Secara fizikalnya, dia sangat maskulin, tetapi Kwak Si Yang memainkan peranan “sweet guy” kali ini seperti yang dituntut oleh karakter Goo Dong Taek. Goo Dong Taek tidak akan sesekali melepaskan penjenayah, namun bila melibatkan wanita yang disukai, dia menjadi sangat ‘sweet’, prihatin dan bersifat melindungi.”

Goo Dong Taek merupakan rakan sekerja aisenior kepada Ra On. Bertugas di balai polis yang sama, Goo Dong Taek dikenali sebagai detektif yang sangat tegas dan garang namun ada taman di dalamnya.

Pasti menyeronokkan mereka bertiga membawakan dua watak yang berbeza dan perubahan karakter itu paling dinanti-nantikan oleh penonton.

2. Kombinasi rom-com dan penyiasatan serta pembukaan kepada tema ‘parallel world’ 

Jika anda ingin menyaksikan pengakhiran serta hubung-kait rom-com dan penyiasatan, anda kena tonton drama ini. Dari segi perspektif, kedua-dua genre akan sentiasa berselang-seli sepanjang drama ini berlangsung. Mampukah kedua genre ini bersatu untuk menghidupkan pelbagai warna dalam drama ini? Dan apakah pengakhiran dunia parallel ini dan bagaimana Lee Jae Sang ditarik masuk ke dimensi dunia yang lain? Apapun. penulis skrip berkata drama ini sesuai ditonton pada musim panas kerana ianya akan menyejukkan hari anda.

“Welcome 2 Life” memberikan satu pandangan baru yang melibatkan kewujudan dunia di dimensi lain namun pergerakkannya selari dengan alam nyata. Yang berbeza cuma situasi, pergerakan dan juga karakter. Di dunia sebenar, Lee Jae Sang adalah seorang peguam yang mementingkan diri sendiri, tetapi kerana terlibat dalam kemalangan misteri, dia mendapati ada dua versi dirinya sendiri.

Di dunia dimensi lain, Lee JaeSang merupakan pendakwaraya yang tegas dan bertindak adil dalam semua kesnya. Manakala Ra Si On pula merupakan bekas teman wanita Lee Jae Sang di dunia sekarang dan sebagai isterinya di dunia yang satu lagi. Oleh itu, penonton pasti ingin saksikan bagaimana Lee Jae Sang memguruskan dirinya di dua dunia yang berbeza.

3. Kombinasi penulis skrip “Falling for Innocent” dan PD “Queen Seon Deok”

Penggemar drama bergenrekan  saeguk pasti mengingati drama hebat “The Great Queen Seondeok” pada tahun 2009. Kali ini pengarah yang acapkali mengarahakan drama saeguk dan historical, Kim Keun Hong, kembali diberi kepercayaan untuk mengarahkan drama “Welcome 2 Life”. Antara hasil arahan beliau yang lain adalah seperti “Make A Woman Cry” (2015) dan “Hur Jun, the Original Story” (2013). Jadi, apakah bentuk kelainan yang bakal ditampilkan dalam drama “Welcome 2 Life” yang nampak lebih moden dan berunsurkan dunia dua dimensi?

Yoon Hye Kyung yang pernah menghasilkan skrip drama romantis pertamanya menerusi “Falling For Innocence” adalah penulis skrip drama ini. Setelah empat tahun menyepi pastinya ada sesuatu yang hebat akan dipersembahkan. Bagaimana drama dunia parallel ini akan dibentangkan untuk memastinya jalan ceritanya tidak bosan dan seimbang? Bagaimana watak para pelakon akan dikembangkan dengan dua watak yang berbeza? Yoon Hye Kyung pasti telah mengambilkira semua ini sebelum menghasilkan naskhah “Welcome 2 Life” yang mungkin sedikit berisiko untuk mencari keseimbangan dan asas kekuatan logika drama ini.

Yang nyata kombinasi keduanya akan menjadikan ianya sebuah drama yang diibaratkan seperti ‘roller-coaster’ dari segi perkembangan karakter, emosi, Cinematography dan jalan cerita.

Apapun, drama berunsurkan dunia parallel ini sedikit sebanyak akan menyuntik minat penonton untuk terus menyaksikan “Welcome 2 Life”. Antara lain yang turut membintangi drama ini adalah Son Byung Ho, Shin Jae Ha, Park Won Sang, Jang So Yeon, Han Sang Jin dan ramai lagi. “Welcome 2 Life” akan bersiaran di Oh!K Ch 394 mulai 6 Ogos ini pada jam 7.50 malam bagi mengisi slot drama Selasa dan Rabu.

Sumber : sedaily