Saksikan Deng Lun dan Sandra Ma mengekpresikan kisah cinta mereka dalam “Mr Fighting”

Mr Fighting, drama moden yang mengisahkan percintaan antara bekas idol dengan pembantunya.

Selepas digandingkan dalam rancangan variasi Who’s The Keyman, Deng Lun dan Sandra Ma kembali bersatu dalam romcom terbaru Mr. Fighting, yang memulakan tayangan perdananya di  dimsum bermula 31 Julai 2019, langsung dari Negara China.

Dengan jumlah 44 episod, Mr. Fighting adalah yang pertama dari trilogi Gentleman selepas To Be A Better Man dan Mr. Right, ia mengisahkan bekas bintang program realiti yang berusaha untuk kemunculan kembali dengan bantuan pembantu barunya. 

Watak Deng Lun dalam drama ini bertentangan dengan status beliau sebagai bintang popular dalam kehidupan sebenar. Dalam Mr. Fighting, Hao Ze Yu (Deng Lun) merupakan bintang yang hampir pudar dan perlu digilap semula. Beliau telah menjadi idola selama sepuluh tahun tetapi semakin pudar cahayanya dan berjuang untuk hidup dalam dunia hiburan. Yang lebih memeritkan, agen beliau meninggalkannya tanpa khabar berita. Ini memaksa beliau mencari agen baru dan bekerjasama dengan kumpulan baru, seorang penganggur Fu Zi (Sandra Ma), si cantik Niu Mei Li (Ni Hong Jie) dan bapa Fu Zi (Han Tong Sheng) seorang pemandu teksi.

Walaupun kumpulan tersebut nampak tak boleh diharapkan, Fu Zi yakin boleh menjadi agen kepada Ze Yu dan membantu beliau kembali popular. Dalam pada itu, cinta juga turut berputik yang menyebabkan mereka berhadapan dengan keputusan yang paling sukar samada untuk memilih cinta atau populariti. Apakah pilihan yang akan Ze Yu pilih?

Drama Ashes of Love lakonan Deng Lun dan Yangzi

Deng Lun, 26 tahun mengembangkan sayap populariti beliau dalam drama roman kostum Ashes of Love di samping Yang Zi, yang sebelum ini juga disiarkan serentak langsung dari China. Penulis sangat suka drama ni jangan lupa tengok kat dimsum. Drama lain lakonan beliau termasuklah Sweet Dreams disamping Dilraba Dilmurat, Princess Agents, Ode to Joy 2 dan Promise of Migratory Birds

Drama Love Me If You Dare lakonan Sandra Ma dan Wallace Huo.

Sandra Ma pula adalah pelakon wanita Cina yang memenangi Anugerah Golden Horse sebagai Pelakon Wanita Utama Terbaik dalam filem Soul Mate. Beliau turut berlakon dalam drama siri psikologi thriller Love Me If You Dare di samping Wallace Huo yang juga boleh ditonton di dimsum dan drama polis atau agen rahsia Age of Legends di samping William Chan.

MR. FIGHTING

🆕MR. FIGHTING | NEW EPISODES EVERYDAY📺Watch nowhere but exclusive premiere here of #mrfighting, where Deng Lun plays a washed-up idol👨‍🎤 trying to make a comeback with the help of his new assistant👩‍💻, Sandra Ma. When he needs to choose between stardom and love, what will he do?🤔👨‍🎤 https://stream.dimsum.my/mr-fighting/ 👨‍🎤

Posted by dimsum entertainment on Thursday, August 1, 2019

Mr. Fighting boleh distrim (streaming) di dimsum secara ekslusif setiap hari 2 episod dari Isnin ke Jumaat dan 1 episod setiap Sabtu dan Ahad. Lawat laman dimsum.asia, Facebook (facebook.com/dimsum.asia) atau Instagram (@dimsum.asia). 

https://www.youtube.com/watch?v=0hS8IIDN7pk%5D

loading...