‘Ternampak’ Kangta meniduri model lumba motor, Oh Jung Yeon berasa dikhianati terang-terang

Personaliti TV, Oh Jung Yeon berkongsi pengalaman buruknya dipercayai berlaku sepanjang dia menjalinkan hubungan dengan Kangta, ahli H.O.T berikutan tertularnya skandal video melibatkan penyanyi itu berfoya-foya dengan model lumba motor bernama Woo Joo Ahn sebelum ini.

Perkongsian tersebut dimuatnaik ke dalam laman instagramnya. “Jika aku pernah menjalin hubungan dengan seseorang selama setahun dan menemuinya setiap hari, tiba-tiba pada suatu hari aku dapati dia telah meniduri perempuan lain. Ia suatu yang sangat mengejutkan. Jika seseorang itu pula aku sangka dia tidur awal, tapi sebenarnya terang-terang sedang meluangkan masa dengan perempuan lain. Kejutan itu bertambah dua kali ganda. Dan lagi, pasangan itu orang yang aku idolakan sejak kecil lagi? Sememangnya pengalaman buruk yang aku sangkakan dunia ini hanya dusta semata-mata,” luah Oh Jung Yeon.

Tambahnya lagi, “Inilah yang aku hadapi dua tahun lalu. Dan ia tetap menyakitkan.” Oh Jung Yeon mendedahkan dia terpaksa mengingati kejadian berkenaan semula gara-gara tertularnya skandal kedua-dua orang tersebut di dalam enjin carian Naver.

Netizen membuat spekulasi bahawa peristiwa dimaksudkan dipercayai merujuk kepada Oh Jung Yeon yang menangkap Kangta meniduri Woo Joo Ahn pada suatu masa dahulu. Ia diperkuatkan dengan balasan yang dibuat oleh Woo Jo Ahn kemudian yang mendakwa dia pun tak menyangka wanita itu (merujuk kepada Oh Jung Yeon) pernah menjalinkan hubungan dengan Kangta selama setahun. Woo Joo Ahn memberitahu dia tak mahu dipersalahkan di atas keretakan hubungan mereka dan mahu wanita itu menunjukkan bukti bahawa dia telah merampas Kangta daripadanya.

Semalam, Kangta telah membuat permohonan maaf di atas kemelut melibatkan ‘percintaannya’ dengan teman rapat, Woo Joo Ahn dan disusuli kemudian dengan tindakan meletakkan instagram-nya dalam keadaan privasi.

Baca lagi: Kantoi berfoya-foya dengan model lumba motor, Kangta digosip bercinta dengan Jung Yumi pula keesokan harinya

Kini, Kangta dilihat sedang ‘bercinta’ dengan pelakon Jung Yu Mi pula apabila gambar-gambar mestra mereka keluar berdua-duaan di pulau Jeju semalam tertular di media sosial walaupun cuba dinafikan agensi mereka pada hari sebelumnya. Selepas gosip Kangta dengan model lumba motor itu menular bersertakan juga pengakuan daripada Oh Jung Yeon, netizen berharap Jung Yu Mi berfikir dua kali sebelum meneruskan hubungannya lebih serius dengan Kangta.

Sumber: yonhap newschosun ilbo , sbs news, instagram Oh Jung Yeon, instagram Woo Joo Ahn

loading...