Kang Ji Hwan upah empat peguam elit untuk lawan kes rogol di mahkamah

Kang Ji Hwan (42, Cho Tae Kyu) dilaporkan telah pun menggantikan peguamnya dengan empat peguam ternama daripada salah satu agensi guaman terbesar di Korea sebagai persiapan untuk menghadapi perbicaraan rogol di mahkamah nanti.

Agensi guaman tersebut pernah mengendalikan kes mahkamah melibatkan Joe Hyun Ah, bekas naib presiden syarikat penerbangan Korean Air dan ibunya, Lee Myung Hee, pengerusi pertubuhan Ilwoo. Kes perbicaraan rogol Kang Ji Hwan ini pula dikendalikan di bawah mahkamah seksyen Suwon dan akan bermula pada bulan Ogos ini juga.

Menurut laporan, Kang Ji Hwan telah ditahan pada 14 Julai 2019 setelah polis mendapati dirinya merogol salah seorang mangsa dan mencabul kehormatan yang lain. Ketika dibawa untuk disoal-siasat di bawah Akta Khas Jenayah Seksual, Kang Ji Hwan tidak mengubah sebarang kenyataannya yang mana beliau tetap mengatakan tidak ingat apa-apa lantaran dalam keadaan mabuk. Walaubagaimanapun, mungkin selepas dinasihati peguam lamanya, beliau akhirnya membuat pengakuan bersalah.

Sekiranya Kang Ji Hwan disabitkan bersalah oleh mahkamah nanti, beliau bakal berhadapan hukuman penjara maksimum sehingga tiga tahun untuk kesalahan rogol pertama dan selebihnya untuk kesalahan mencabul kehormatan mangsa.

Sumber: money today

loading...