Bagaimana Lee Jong Suk masih boleh rekrut Kwon Nara sedangkan dia bukan CEO & masih jalani khidmat tentera?

 

Awal pagi hari ini (1 Ogos) peminat dikejutkan dengan berita percintaan Lee Jong Suk dan Kwon Nara (Hello Venus). Beberapa jam selepas itu, agensi mereka A-MAN Project menafikan bahawa mereka bercinta.

Lewat petang ini, sekali lagi nama pelakon popular ini kembali popular dikalangan wartawan hiburan Korea. Lee Jong Suk dikhabarkan cuba membawa masuk Kwon Nara ke agensinya bukan sekadar artis naungannya.

Menyorot kembali laporan media awal pagi tadi, Lee Jong Suk yang dikatakan sedang bercinta dengan Kwon Nara telah menghubungi sendiri wanita terbabit untuk mengajaknya menyertai agensi beliau. Lee Jong Suk juga dikhabarkan telah bekerja keras untuk merekrut Kwon Nara ke dalam agensinya dan sewaktu proses itu Lee memainkan peranan seolah beliau adalah CEO syarikat itu.

Agensi mereka berdua (A-MAN Project) menafikan laporan itu dan sekali lagi menyatakan pendirian mereka bahawa hubungan Lee Jong Suk dan Kwon Nara tidak lebih dari hubungan seorang pelakon senior dan junior.

Belum lagi reda dengan isu percintaan, timbul satu lagi kontroversi baru mendakwa Lee Jong Suk masih lagi terlibat dengan aktiviti menjana keuntungan biarpun  aktor tersebut masih lagi terikat dengan perkhidmatan ketenteraannya. Umum ketahui, mana-mana selebriti yang masih lagi terikat atau terlibat dengan perkhidmatan tentera tidak dibenarkan terlibat dengan aktiviti-aktiviti seni mereka dan tidak boleh menjana sebarang pendapatan sebagai anak seni dalam tempoh tersebut.

A-MAN Project sekali lagi mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

Hello. Ini adalah A-MAN Project.

Tujuan kami menulis isi untuk menyatakan kebenaran mengenai artikel yang diterbitkan hari ini berkaitan dengan pelakon Lee Jong Suk yang bernaung di bawah agensi kami.

1. Lee Jong Suk bukan lagi seorang pengarah eksekutif dan beliau tidak lagi disenaraikan dalam pendaftaran syarikat. Beliau telah meletak jawatan sebagai pengarah eksekutif pada 20 Februari lepas sebelum beliau menjalani khidmat tentera pada Mac.
2. Cha Kang Hoon, orang lama yang berpengalaman luas kini adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan A-MAN Project. Manakala adik lelaki Lee Jong Suk, iaitu Lee Jong Hyuk telah didaftarkan sebagai pengarah eksekutif dan menjalankan tugas-tugas yang berkaitan. Pengarah eksekutif terdahulu telah meninggalkan agensi pada bulan April dan telah digantikan dengan yang baharu. 
3. Kwon Nara menandatangani kontrak eksklusifnya dengan A-MAN Project pada bulan Mei, dan segala aktiviti rasminya diuruskan oleh pengurus yang berkaitan.
4. Lee Jong Suk sedar akan peraturan-peraturan yang berkaitan dan pada masa ini beliau bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perkhidmatan ketenteraannya. Adalah tidak adil jika  perkara-perkara yang sangat peribadi seperti perbualan serta sesi berbalas pesanan antara dua orang telah digambarkan sebagai aktiviti mencari keuntungan.
5. Kami sekali lagi mengesahkan bahawa khabar angin mengenai Lee Jong Suk dan Kwon Nara bercinta adalah tidak berasas.
6. Selain itu, kami akan mengambil tindakan ke atas mereka yang mencetuskan khabar angin ini terhadap artis-artis kami dan kami sedang mempertimbangkan sewajarnya untuk meneruskan dengan tindakan undang-undang.  Kami juga ingin menyatakan ianya amat terkesan apabila ada laporan yang dikeluarkan tidak tepat dan boleh merosakkan reputasi artis kami. 

Apapun, semoga kisah ini akan tamat sebaiknya. Biarkan Lee Jong Suk jalani khidmat tentera dengan tenang seperti orang biasa tanpa dikejar dek para wartawan.

Sumber : isplus | mk | yonhap.news

loading...