Kang Daniel pecah rekod jualan album solo tertinggi yang pernah disandang oleh Baekhyun

Album solo pertama, Kang Daniel, Color on Me telah memecah rekod jualan album tertinggi pernah dipegang oleh mana-mana penyanyi solo sepanjang dekad di Korea.

Menurut Hanteo, data rasmi yang mengumpulkan bilangan unit album yang telah terjual, Kang Daniel telah menggapai jualan album lebih 342,218 unit dalam masa sehari, sudah jauh mengatasi pencapaian yang dibuat oleh Baekhyun menerusi album ‘debut’ solonya, City Light dengan 267k unit sebelum ini. Malah, ‘pre-order’ album ini juga telah meraih sebanyak 450,000 unit, juga melangkaui pencapaian dibuat oleh Baekhyun dengan 400k unit. Kehebatan ‘Color on Me’ bukan saja dirasai di tanah airnya tersendiri, malah seluruh dunia turut terkena tempiasnya dengan meraih kedudukan no.1 di dalam carta album harian ITunes menjadikan album itu terlaris di beberapa buah negara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Saudi Arabia, New Zealand, Turkey dan lain-lain.

‘Color on Me’  yang diuruskan sepenuhnya oleh KONNECT Entertainment, yakni di bawah pengurusannya sendiri, memuatkan lima lagu seperti “Intro (Through the night),” “Color,” “Horizon,” “I HOPE” dengan “What are you up to” dijadikan sebagai single utama. Setakat ini, video klip “What are you up to” telah menjana tontontan sebanyak 6 juta.

Baca lagi : [Analisis Lengkap] Kronologi pertikaian antara Kang Daniel dengan LM Entertainment

Dalam menghadapi tekanan daripada bekas pengurusan, Kang Daniel tetap mempromosikan albumnya di mana-mana cabang media walaupun dalam keadaan terhad. Beliau juga turut membuat penampilan secara berkala di VLive seperti menunjukkan koreografi untuk  “What are you up to” bagi menghubungkan dirinya dengan peminat  dengan lebih kerap selain akan mengadakan perjumpaan bersama peminat di Gwangju dan Daejeon.

Sumber: hanteo, maeil

loading...