Menantikan belaian manja Ong Seung Wu di dalam jtbc ‘Moment of Eighteen’

Melihat kelibat bekas ahli Wanna One ini sekali lagi dan menyaksikan lakonannya untuk pertama kali, adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu selama ini.

jtbc Moment of Eighteen adalah gubahan ringan yang mengisahkan tentang tiga orang remaja dari berbagai latar belakang yang bakal merakamkan pelbagai kenangan bersama di usia 18 tahun. Ia juga akan memperlihatkan bagaimana remaja diusia itu berusaha mencari kebahagiaan dan mengeratkan hubungan persahabatan mereka dalam mengharungi suka dan duka bersama.

 

Ong Seong Wu membawakan watak sebagai Choi Joon Woo, pemuda berumur 18 tahun yang hidupnya kesepian disebabkan tidak pandai mengekspresikan perasaannya dengan baik dan merupakan pelajar baru membiasakan diri di sekolah baru. Yoo Soo Bin (Kim Hyang Gi) pula seorang murid terbaik di sekolahnya, namun kehidupannya ditentukan oleh si ibunya. Ma Whi Young (Shin Seung Ho) digambarkan seorang pemuda yang begitu berbudi bahasa dan agak sempurna luarannya tapi sebenarnya ada kisah duka tersimpan di dalamnya, manakala Kang Ki Young pula sebagai Oh Han Ju, seorang cikgu yang bertanggungjawab memastikan mereka berada dalam landasan betul.

Ketika Choi Joon Woo mula memasuki sekolah baru, kehadirannya seperti menyuntik suasana yang lebih segar dan positif dalam kehidupan Yoo Soo Bin serta Ma Whi Young sehingga keduanya mula berubah. Ketiga-tiga mereka mula mengembara setiap saat demi melakar pengalaman serta momen-momen kehidupan remaja bersama.

jtbc “Moment of Eighteen” bakal menyaksikan gandingan Ong Seung Woo dan Kim Hyang Gi (“Along with Gods”) untuk pertama kali dengan diarahkan sepenuhnya oleh Sim Na Yeon dan mendapat khidmat penulis skrip, Yoon Kyung Ah (“KBS Master of Study”,”KBS Brain”,” KBS Girl’s Generation 1979″). Ia akan disiarkan pada 22 Julai ini di rangkaian JTBC.

Sumber: newsen