Pihak produksi Produce X 101 membuat kejutan dengan mendedahkan nama baru kumpulan yang bakal dianggotai lebih 11 orang nanti sebagai X1 ketika rancangan untuk episod terakhirnya sedang hangat disiarkan.
Kumpulan tersebut bakal menandatangani kontrak selama 5 tahun dengan dua tahun setengah pertama untuk pembentukan projek secara berkumpulan, manakala selebihnya pula adalah untuk kegiatan promosi. CJ ENM dan Swing Entertainment diberikan hak penjagaan sepenuhnya ke atas X1.
Episod terakhir hari ini menyaksikan hanya 20 orang finalis sahaja beraksi merebut kuota hanya 11 ahli yang akan ‘debut’ sebagai X1 tak lama lagi dengan Kim Yo Han mendahului mata tertinggi berbanding finalis yang lain.
Sumber: xsportnews