Cinta sejati ke akhir hayat, Park Yoo Chun & Hwang Hana dibebaskan serentak setelah dijatuhkan hukuman pergantungan bersama

Park Yoo Chun dan Hwang Hana telah dibebaskan serentak hari ini di bawah tempoh berjalannya hukuman pergantungan yang dikenakan ke atas mereka oleh mahkamah.

Park Yoo Chun, bekas ahli kumpulan JYJ telah dijatuhkan pergantungan hukuman 10 bulan penjara dan denda sebanyak 1.4 juta won (~RM4800) selama 2 tahun  oleh mahkamah pada 2 Julai 2019 di atas kesalahan menyalahguna dadah jenis syabu (methamphetamine). Sekiranya beliau berkelakuan baik di dalam lingkungan dua tahun itu, beliau tak diwajibkan menjalani hukuman berkenaan manakala Hwang Hana pula telah dijatuhkan pergantungan hukuman setahun penjara selama dua tahun dengan dikehendaki menjalani 40 jam rawatan kesihatan.

Sebelum ini, Park Yoo Chun diberkas polis pada 17 Mei lalu setelah didapati membeli 1.5g dadah jenis syabu dan menggunakannya bersama-sama dengan Hwang Hana, bekas tunangnya yang juga merangkap cucu kepada pemilik syarikat Namyang Dairy Products pada enam kejadian antara Februari dan Mac pada tahun ini. Kedua-duanya pernah hampir-hampir hendak berkahwin sebelum dibatalkan perancangan itu pada saat-saat akhir.

Sumber: yonhap news , OSEN , Naver

loading...