Park Seo Joon, Kim Dal Mi & Yoo Jae Myung komited sertai drama jtbc ‘Itaewon Class’ bersama

jtbc ‘Itaewon Class’ yang diadaptasikan daripada webtoon popular yang menggunakan nama sama, berkisarkan tentang seorang anak lelaki yang dipertanggungjawabkan mengendalikan restoren terkemuka setelah bersusah payah menghadapi cabaran dalam kerjaya akibat kematian bapanya. Park Seo Joon ditawarkan watak utama, Park Shin Yong.

Park Sae Roy bermula sebagai junior di tempat kerjanya tak boleh menerima ketidakadilan yang berlaku terutamanya kematian melibatkan ayahnya, mendesaknya untuk menubuhkan restoren sendiri di lorong Itaewon.Penubuhan restoren baru itu telah menggugat kewujudan syarikat pemakanan yang lebih besar iaitu, Zhangji apabila masing-masing terpaksa bersaing di dalam industri katering di daerah Itaewon tersebut.Mengulas tentang pembabitan Park Seo Joon di dalam drama ini, beliau berkata, “Saya mahu cabarkan diri daripada seorang disukai kerana penampilannya kepada lakonan yang menjiwai peribadi marhaen seperti ditunjukkan dalam karya webtoon yang asal. Sudah pastinya, perkembangan watak di dalam ‘Itaewon Class’ bakal meninggalkan kesan simpati pada penonton dan saya yakin mampu menterjemahkannya serta menjadikannya antara drama yang bagus untuk dikenangi.”

Kim Dal Mi pula akan melakonkan watak Jo Yi Seo, seorang sosiopath yang sangat bijak kerana pandai menggunakan kelebihannya sebagai ‘influencer’ di media sosial dan juga kemahiran ‘blogging’-nya untuk mengubah persepsi netizen terhadap dirinya. Walaupun Jo Yi Seo dan Park Sae Roy pernah bertelingkah sebelum ini, akhirnya mereka berusaha untuk memajukan Itaewon.

Yoo Jae Myung yang pernah tercalon Best Supporting Actor 7th CARI Kdrama Awards sebelum ini, bakal membawa watak CEO syarikat katering besar, ‘Zhangji ‘ bernama Jang Dae Hee. Bermula dengan seorang sangat miskin dan kelaparan ketika masih kecil, Jang Dae Hee dilihat sebagai seorang begitu kejam dan berbuat apa saja untuk memastikan syarikatnya terus mekar di Itaewon. Jang Dae Hee dituduh terbabit dalam kejadian melibatkan kematian ayah Park Sae Roy.

Drama ini yang mendapat sutradara Kim Sung Yoon (KBS Moonlight Drawn By Clouds) dan produser drama NEW yang dikenali dengan penerbitan drama jtbc ‘Miss Hammurabi’ dan jtbc ‘Beauty Inside’ sebelum ini, dirancang tayangannya selepas jtbc ‘Chocalate’ disiarkan.

Sumber: mydaily, yonhap news, digital times

loading...