Laporan menunjukkan ayah Kim Samuel telah dipukul sehingga mati

Ayah kepada Kim Samuel telah ditemui terbunuh di rumah persinggahan miliknya pada pagi hari Selasa (malam kelmarin) di Cabo San Lucas, Mexico. Hari ini, menyusul pula laporan menunjukkan ayah Kim Sameul telah dipukul sehingga mati.

Ayah Kim Samuel atau nama sebenarnya, Jose Arredondo (58) yang merupakan jurujual kereta terkemuka di Bakersfield, California telah ditemui mati terbaring dengan kecederaan parah di kepalanya akibat pukulan keras dengan pisau tertikam di belakangnya. Manakala, punca kematiannya masih belum dapat dikenalpasti lagi.

Francisco Duran, yang merupakan peminat Jose Arredondo mengatakan ia suatu berita sangat menyedihkan.

“Saya pernah terfikir untuk berhenti belajar di kolej Bakersfield pada tahun 1995 sewaktu melihatnya di kaca tv. Tetapi, dia menyarankan pula anak-anaknya untuk tinggal di sekolah. Saya terus sambung belajar ,” katanya di dalam satu hantaran di facebook.

Kim Samuel yang merupakan anak kepada Jose Arredondo dengan isterinya yang juga warga Korea, telah menceburkan diri di dalam industri kpop di Korea sejak menyertai rancangan realiti tv, Produce 101 musim kedua. Setakat ini, Kim Sameul telah mengeluarkan album solo pertamanya berjudul “Eye Candy” pada Oktober 2017 dengan lagu “Sixteen” sebagai single utamanya.

Agensi Brave Entertainment yang masih sah di sisi undang-undang untuk mewakili Kim Samuel, tak dapat mengesahkan berita itu. Sebelum itu, Kim Samuel pernah bergelut dengan agensinya sehingga dia bertindak keluar dan memikirkan untuk menubuhkan agensi kelolaan sendiri.

Sumber: new york post, asiae

loading...