Lupakan Malaysia kejap, BTS akan serbu Arab Saudi buat pertama kali untuk konsert jelajah seterusnya

Satu berita gembira buat peminat BTS berketurunan Muslim Arab apabila BTS telah mengesahkan mereka akan mengadakan konsert jelajah seterusnya di Arab Saudi.

Menurut pengumuman yang dibuat menerusi twitter dan facebook rasmi mereka, BTS dijangka akan mengadakan konsert jelajah di Stadium Antarabangsa King Fahd di Riyadh, Saudi Arabia julung-julung kalinya pada 11 Oktober 2019 nanti. Pengumuman itu bukanlah satu kejutan walaupun Arab Saudi amat dikenali sebagai negara yang dikenali sangat ketat dengan pelaksanaan undang-undang Islam, malah tempat lahirnya umat Islam pertama dan juga tempat umat Islam menunaikan haji setiap tahun. Hal ini kerana, sejak putera mahkota baru memegang tampuk kedua pemerintahan negara tersebut, pemerintahan berciri-cirikan konservatif yang diwarisi sejak zaman-berzaman mula dilonggarkan untuk memberi kekebasan kepada rakyatnya untuk berhibur.

Beberapa kumpulan kpop seperti Super Junior telah pun mengadakan konsert sulung mereka di sana meskipun terikat dengan tatacara yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Setakat ini, BTS telah pun menamatkan kesemua siri kedua konsert jelajah ‘LOVE YOURSELF: SPEAK YOURSELF’ yang berakhir di Shizuoka , Jepun.

BTS sebelum ini pernah dipuji di atas respon postif mereka terhadap peminat Armys dalam kalangan pemakai tudung (hijab) dan pernah merancang untuk mengadakan konsert jelajah mereka di seluruh tanah besar Arab buat pertama kali, menerusi satu bual bicara diadakan lebih kurang empat tahun lepas.

Sumber: sport seoul

loading...