Hadaplah Kang Ji Hwan bila waran tangkap telah difailkan, manakala produksi pula cari pengganti wataknya dalam ‘Joseon Survival’

Nasi telah menjadi bubur. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Begitulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada pelakon Kang Ji Hwan.

Pada pagi 11 Julai, wakil dari balai polis  Gyeonggi Metropolitan telah memfailkan waran tangkap atau waran tahanan ‘pretrial’ (pretrial detention warrant) ke atas pelakon Kang Ji Jwan (42 tahun) atas kesalahan merogol dan gangguan seksual yang dihadapinya.

Waran tahanan ‘pretrial’ membenarkan suspek ditahan lebih daripada 48 jam. Ianya  difailkan kerana ada kemungkinan tertuduh melarikan diri atau menghapuskan bukti-bukti yang ada.

Kang Ji Hwan telah menjalani sesi soal siasat dengan polis untuk kali kedua pada semalam selama lebih kurang 3 jam dari 6 PM to 9 PM KST. Beliau bagaimanapun, tidak mengubah sebarang kenyataannya yang mana beliau tetap mengatakan tidak ingat apa-apa lantaran dalam keadaan mabuk.

Pihak pendakwaan kini akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak waran tahanan pratrial yang difailkan dan mahkamah akan membuat keputusan mengenai kewajaran waran itu.

Produksi drama ‘Joseon Survivor’ cari pengganti Kang Ji Hwan

Semalam, pihak produksi Huayi Brothers menyatakan tayangan drama ‘Joseon Survivor’ pada hujung minggu ini akan dibatalkan. Desas desus kuat bertebangan menyatakan drama ini akan dihentikan tayangannya.

Bagaimanapun, pada hari ini 11 Julai, Huayi Brothers telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung masa depan drama “Joseon Survival.”

Antara kandungan kenyataan tersebut adalah seperti di bawah :

Hello. Ini kami dari syarikat produksi drama tv ‘Joseon Survival’, Huayi Brothers. 

Pelakon Kang Ji Hwan, yang memegang watak Han Jung Rok telah digugurkan daripada drama tersebut. 

Kami kini sedang mencari pelakon lelaki yang sesuai untuk menggantikan watak Kang Ji Hwan dan kami akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan siaran drama ini berjalan dengan lancar. 

Kami mohon maaf kepada semua penonton yang menyokong drama ‘Joseon Survival’. Kami akan kembali bersiaran dengan kadar yang segera. 

Dengan apa yang terjadi kepada Kang Ji Hwan ini, dapat disimpulkan beliau perlu berundur seketika dalam bidang lakonan agar semuanya dapat diselesaikan dengan lancar. Apapun, semoga perkara ini dapat selesai dengan baik dan Kang Ji Hwan akan menyesali tindakannya serta berusaha untuk mengubah segala perilakunya ke arah yang lebih baik.

Sumber : Naver | yna | Naver

loading...