G.O MBLAQ & Choi Ye Seul umum perkahwinan, Lee Ki Woo & Lee Chun Ah pula akhirnya berpisah

Dua berita dalam satu masa. Satu pasangan kini bakal melangkah ke alam baru, manakala satu lagi putus ditengah jalan. Itulah karma dalam perhubungan.

G.O Mblaq dan pasangannya Choi Ye Seul akhirnya akan menamatkan zaman bujang mereka. Pada awal 7 Julai, G.O dan Choi Ye Seul telah memuatnaik sebuah video menerusi channel mereka (O.Y Couple) di Youtube untuk mengumumkan perihal perkahwinan mereka.

Antara yang sempat dikongsi bersama penonton adalah, mereka telah bertemu janji lebih dari 700 hari sehingga akhirnya mereka melihat perhubungan ini secara positif. Mereka juga berterima kasih atas doa yang diberikan supaya merek lekas kahwin.

G.O dan Choi Ye Seul juga memberitahu perkahwinan ini akan diadakan secara kecil-kecilan dengan kehadiran keluarga dan kawan-kawan rapat kerana kami mahukan ianya penuh privasi. Tapi, jangan risau, merek akan kongsikan video persiapan kahwin nanti.

Mula berkenalan pada Januari 2018, G.O dan setahun kemudian keduanya ambil keputusan untuk tinggal bersama. Mereka akan berkahwin pada penghujung September depan. Bagaimanapun, tiada lagi ketetapan tarikh yang boleh mereka berdua kongsikan saat ini.

Tahniah buat G.O dan Choi Ye Seul.

Lee Ki Woo dan Lee Chun Ah akhirnya berpisah

 

Jika G.O dan Choi Ye Seul berkongsi berita gembira, namun kesedihan menimpa pasangan Lee Ki Woo (The Lady in Dignity, Rain or Shine, Fates and Furies) dan Lee Chun Ah (Lucky Romance, Because This Is My First Life, Beautiful World).

Pada 7 Julai, kedua-dua agensi pelakon ini memberitahu kepada Sports Chosun, “ Status perhubungan Lee Ki Woo dan Lee Chung Ah bertukar dari pasangan kekasih kepada hanya kawan pada 2018. Namun begitu perhubungan antara mereka masih baik dan masih memberikan sokongan antara satu sama lain.” Pihak agensi juga turut berkongsi mengapa mereka begitu berhati-hati mengumumkan perpisahan ini,” Percintaan mereka mendapat restu dan sokongan daripada orang awam, jadi mereka rasa amat bersalah untuk menyatakan perhubungan mereka telah terlerai,”.

Lee Ki Woo dan Lee Chung Ah pertama kali bertemu menerusi drama tvN “Flower Boy Ramyun Shop” pada 2011. Kedua menjadi rapat apabila aktif dalam team ski selebriti A11 dan pada 2013, mereka mula bercinta. Berita mengenai perpisahan mereka telah bertebangan sejak lama namun hanya saat ini keduanya memilih untuk mengumumkan perpisahan menerusi agensi masing-masing.

Kedua pelakon ini kini bersiap sedia dengan projek baru masing-masing. Lee Ki Woo akan menjadi peneraju drama terbaru SBS “Doctor Detective” yang akan bersiaran pada 17 Julai ini. Manakala Lee Chung Ah juga akan membintangi drama SBS “VIP” yang masih lagi belum diketahui tarikh sebenar penayangannya.

Apapun, selamat maju jaya buat Lee Ki Woo dan Lee Chung Ah.

Sumber : starnews | sportschosun

loading...