Keprihatinan peminat bukan saja-saja dibuat lagi-lagi apabila menyedari dua orang ahli TWICE, Dahyun dan Mina kelihatan seperti tidak sihat dan memerlukan rehat yang dicukupnya.
Gambar-gambar Dahyun memakai topeng penutup mulut dan Mina yang dipimpin oleh pembantu mereka di lapangan terbang, telah tular di media sosial menyebabkan netizen meluahkan rasa simpati terhadap keadaan kesihatan mereka. Netizen kemudian membuat spekulasi di media sosial samada konsert jelajah mereka yang terlalu banyak dalam masa sebulan dan penerbangan jauh ke luar negara menjadi punca kepada sebilangan ahli-ahli kumpulan itu kelihatan sungguh penat dan kurang bermaya. Mina sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan pada buku lalinya.
Rentetan tertularnya gambar tersebut, JYP Entertainment mengumumkan untuk merehatkan Dahyun dan Mina seketika sehingga mereka pulih sepenuhnya. Kedua-duanya tidak akan menyertai persembahan TWICE di Poocari Sweat Challenge Teen Festa yang akan berlangsung pada hari ini.
“Kami memandang keadaan kesihatan artis-artis jagaan kami dan memutuskan Dahyun tak dapat hadir,” kata jurucakap agensi itu. Tindakan yang sama juga dibuat oleh JYP Entertainment terhadap Mina dua hari sebelumnya.
TWICE sedang giat mengadakan konsert jelajah sempena mempromosikan album Fancy You di serata Asia. Mereka dijangka akan mengadakan persembahan di Axiata Arena, Kuala Lumpur, Malaysia pada 17 Ogos ini.
Sumber: mydaily, hankookilbo