Song Hye Kyo dilaporkan terpaksa lupakan hasrat mengandung kerana tuntutan kerja bersama Park Bo Gum

Berita penceraian Song Joong Ki dan Song Hye Kyo semenangnya mendapat liputan meluas dalam kalangan penggiat media.

Menurut ‘Entertainment Weekly’, berdasarkan cakap-cakap daripada pengamal media, “Song Hye Kyo semestinya menjadi pilihan no.1 untuk apa-apa saja projek. Khabar angin berlegar mengatakan agensi cari pelakon tahu bahawa beliau sedang merancang untuk mengandung.” Mereka menyangka Song Hye Kyo memang tekad untuk mengandung ketika itu iaitu sekitar akhir tahun lepas.

Namun, hampa, perancangan itu tak menjadi apabila Song Hye Kyo memutuskan untuk membintangi drama tvN Encounter bersama-sama Park Bo Gum.

“Tapi, berita tentang Song Hye Kyo mencari projek lain setelah berakhirnya drama Encounter mematikan terus khabar angin itu, malah muncul pula cerita, ‘Aku rasa dia memang tak rancang mengandung dah.’ ,” sambung wartawan itu lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kedua-dua Song Hye Kyo dan Song Joong Ki memilih untuk menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti seni dengan Song Hye Kyo dalam perbincangan untuk membintangi filem ‘Anna’ manakala Song Joong Ki pula sedang menjalani penggambaran filem ‘Victory’ dan juga drama bersiri, tvN Arthadal Chronicles.

Sumber: spottvnews

loading...