Sana Twice jadi mangsa buli lagi gara-gara isu boikot barangan Jepun, Kim Eui Sung tampil pertahankan Sana

Dua tiga hari ini bergolak lagi isu mengenai hubungan antara Jepun dengan Korea.

Kerajaan Jepun dengan penuh tegas mahu mengenakan sekatan ke atas barangan import daripada Korea terutamanya barangan-barangan semikonduktor. Tindakan itu dikatakan sebagai balasan kepada mahkamah di Korea yang menyita aset-aset yang dimiliki oleh syarikat Jepun bertapak di negara Korea tersebut.

Rentetan daripada isu sekatan ekonomi oleh kerajaan Jepun tersebut, sebilangan netizen Korea mula mempersoalkan kewajaran untuk membenarkan artis-artis kelahiran Jepun mencari rezeki di negara mereka seperti Sana, Mina dan Momo daripada kumpulan TWICE serta Miyawaki Sakura, Yabuki Nako, dan Honda Hitomi daripada kumpulan IZ*ONE. Ada antaranya tergamak meminta kerajaan mengusirkan mereka keluar dari Korea.

Namun, yang menerima kecaman paling teruk ialah Sana berikutan gambar-gambarnya yang tiba di lapangan terbang Seoul Gimpo untuk menaiki penerbangan ke Jepun pagi tadi mendapat liputan meluas oleh media Korea, memuji kecantikan yang dimilikinya. Tetapi, ruangan komentar aritikel itu pula penuh dengan caci maki daripada netizen Korea yang masih terkesan dengan isu sekatan ekonomi oleh Jepun itu. Sana sebelum ini juga pernah menerima kecaman daripada netizen kerana membuat hantaran di instagram rasmi TWICE yang disangkakan melebihkan negaranya sendiri berbanding negara Korea, tempatnya mencari rezeki.

Kim Eui Sung yang sedang sibuk membintangi drama tvN Arthadal Chronicles, tampil mempertahankan Sana Twice daripada serangan buli siber berterusan.

“Kenapa Abe (merujuk kepada perdana menteri Jepun) nak sangat SANA berhenti? Benda perlu dibuat ialah singkirkan kesemua lipas-lipas Jepun itu ,” luah Kim Eui Sung di laman sosial facebooknya.”Jangan memandai-mandai nak buang SANA ,” tambahnya lagi. Adakah Kim Eui Sung juga peminat tegar TWICE dalam diam-diam? Apapun, saranan Kim Eui Sung ini ada logiknya memandangkan isu boikot tersebut tak seharusnya melibatkan penggiat seni yang tak bersalah.

Makluman utama: TWICE akan mengadakan konsert jelajah sulungnya di Malaysia pada 17 Ogos ini. Sila dapatkan tiket dengan kadar segera. 

Sumber: edaily , kwongwah , financial times

loading...