[Gempar] Mark Tuan Got7 dituduh pernah berada dalam ‘chatroom’ kontroversi milik Jung Joon Young

Mark Tuan Got7 disebut secara syak oleh seseorang bernama BJ Yeolmae, bahawa idol tersebut dikatakan pernah berada di dalam laman ‘chatroom’ kontroversi Jung Joon Young yang turut dihuni oleh Lee Jong Hyun, Choi Joong Hoon, Kangin, Seungri, Roy Kim dan lain-lain.

Pergaduhan antara wanita tersebut yang juga merupakan Broadcast Jockey untuk laman penstriman Afreeca TV dengan BJ Changbum (Woo Chang Bum), yakni bekas ahli kumpulan kpop 100%, telah membawa kepada pendedahan tersebut oleh BJ Yeolmae dalam menjustifikasikan hubungannya dengan BJ Changbum yang bukan berakhir disebabkan kecurangannya.

Pergaduhan itu bermula apabila BJ Changbum mengumumkan dia telah putus hubungan dengan BJ Yeolmae disebabkan BJ Yeolmae curang terhadap lelaki lain bernama BJ Kei. Namun, pengakuan BJ Changbum itu dinafikan oleh BJ Yeolmae, sebaliknya dia mendakwa BJ Yeolmae telah berkongsi video seks mereka bersama untuk tontonan rakan-rakannya di dalam ‘chatroom’ tanpa kerelaannya. Sebagai buktinya, BJ Yeolmae menyertakan kapsyen bergambar mesej Kakaotalk yang mengandungi laman ‘chatroom’ tersebut.

“Lee Jong Hyun, Jung Joon Young dan Mark. Mereka mengugut untuk menyaman aku… Aku memadamkan kandungan yang merujuk pada Mark. Aku minta maaf pada Mark awal-awal tapi apa harus kubuat, kau punyai rakan yang terang-terang salah (merujuk kepada Woo Chang Bum),” kata BJ Yeolmae. Netizen mendakwa lelaki bernama Mark tersebut ialah Mark Tuan daripada kumpulan Got7 kerana umum diketahui Mark Tuan dan BJ Changbum memang berkawan baik. Sementara itu pula, kekasih BJ Yeolmae sekarang, BJ Kei pula menafikan dakwaan dia merampas BJ Yeolmae sewaktu BJ Yeolmae masih lagi berhubungan dengan BJ Changbum.

Dalam kenyataan balasnya terhadap BJ Yeolmae, BJ Changbum pula berkata, “Aku betul-betul penat dengan BJ Yeolmae yang sengaja jadikan dirinya sebagai mangsa keadaan. Aku  dah lama putus hubungan Yeolmae sejak setahun lalu, aku tak tau kenapa dia jadi begini tiba-tiba. Dia kata aku berkongsi video seks itu dalam laman ‘chatroom’, tapi ia bukan betul pun. Video seks itu memang pernah kami rakam bersama sewaktu tengah syok ‘dating’. Aku tak pernah pun berkongsi pada orang lain.”

Dari kiri: BJ Changbum dan BJ Yeolmae.

Woo Chang Bum telah meninggalkan kumpulan 100% pada 12 September 2016 dan menyertai kumpulan baru Vermuda pada tahun 2017. Kumpulan 100% ini juga turut dianggotai oleh seorang ahli yang meninggal dunia kerana masalah jantung pada suatu masa dahulu. Setakat petang ini, JYP Entertainment belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya.

Sumber: news kmib , moneys mt , insight , imaeil news

loading...