Gambar Han Hye Jin melaram separuh telanjang & hanya dilumurkan hitam ini mendapat perhatian netizen

Berpengalaman selama dua puluh tahun sebagai model, Han Hye Jin sekali lagi memenuhi permintaan peminatnya bagi menonjolkan gaya yang lebih provokatif  dengan tampil separuh bogel dan hanya berlumuran hitam saja.

Foto-foto tersebut yang akan dipaparkan menerusi majalah ‘Harper’s Bazaar’ untuk edisi bulan Julai nanti telah mendapat pujian daripada netizen yang mengagumi gaya hidupnya bagi mendapat tubuh sangat ideal. Han Hye Jin bukan saja sibuk sebagai bergiat aktif sebagai model, tetapi juga merupakan seorang pelakon. Antara drama lakonannya termasuklah jtbc Syndrome sebagai pakar bedah saraf, SBS One Warm Words sebagai isteri yang curang kepada suami orang lain, dan MBC Hold Me Tight pula bersama Yoon Sang Yoon sebagai pasangan suami isteri di ambang kematian.

Dalam temuduganya bersama majalah ‘Harper’s Bazaar’ , Han Hye Jin menceritakan bagaimana beliau bekerja keras untuk memperolehi tubuh sebegini dalam masa dua bulan saja. “Saya lakukannya hanya untuk penggambaran ini saja dan lebih fokus untuk lakukannya berbanding hari-hari yang lain.”

Han Hye Jin yang sudah menapak selama 20 tahun di dalam industri seni akan menyambut ulang tahun tak lama lagi.

Sumber:  sport seoul

loading...