[Siri 23] Olive Young kini bertaraf Global untuk pasaran luar bagi penggemar produk Kbeauty

Peminat Kbeauty di Malaysia, kini boleh membeli belah secara atas talian di laman sesawang Olive Young. Bagi mereka yang pernah melawat kota kecantikan Seoul, pasti mengenali toko kecantikan terkenal ini sama ada di Sinsa-dong atau Myeongdong dan pelbagai lokasi tersohor lagi.

Di ibaratkan seperti Sephora versi Korea, Olive Young adalah gedung kecantikan yang menghunikan pelbagai jenama-jenama popular produk kecantikan Korea. Dari alat solek ke perapian wajah sehingga wangian badan sama ada untuk wanita atau lelaki, semuanya boleh di dapati di bawah bumbung yang sama. Selain daripada produk-produk Korea, Olive Young turut memberi ruang kepada produk-produk luar negara seperti The Balm dan Yves Rocher.

Buat pertama kalinya, rantaian popular ini melancarkan pusat membeli-belah atas talian kepada pengguna antarabangsa tanpa mengkhususkan target mereka kepada negara atau rantau tertentu sahaja. Ini memperlihatkan bagaimana mereka menyedari permintaan terhadap Kbeauty semakin meningkat di seluruh tanpa mengira negara-negara tertentu sahaja. Begitu kuat pengaruh Kbeauty ini.

Olive Young telah menyediakan perkhidmatan secara terus kepada pengguna di lebih 150 buah negara. Gedung kecantikan ini menggunakan penghantaran EMS ataupun K-Packet dalam tempoh penghantaran dari 7 hingga ke 21 hari mengikut lokasi anda semua. Pihak mereka juga merancang untuk menggunakan platform mereka secara strategik dengan menjalankan penyelidikan pasaran bagi setiap negara. Dengan harapan untuk menerajui pasaran produk kecantikan Korea, Olive Young menyediakan juga bantuan dan sokongan untuk para pelanggan dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Inggeris, Cina, Jepun dan Sepanyol.

Penulis antara yang begitu teruja dengan berita ini dan tidak sabar untuk berkongsinya dengan pembaca semua. Penulis juga telah pun mendaftar dengan laman sesawang Olive Yong malah, semasa menulis artikel ini, penulis begitu rambang mata dengan koleksi-koleksi terbaru alat solek yang tidak boleh di dapati di Malaysia. Pembaca bila lagi nak mendaftar?^^

 

Sumber: The Korea Times  ; The Korea Herald : OliveYoung

loading...