Sung Hoon akui terpaksa berlakon demi melangsaikan hutang

Sung Hoon menceritakan kesusahannya sewaktu mula berkecimpung dalam dunia lakonan dan tak menyangka kerjaya lakonan sudah sebati dengan dirinya.

Menurut bual bicara dibuat oleh SBS ‘Access Showbiz Tonight’, Sung Hoon berkata beliau berazam untuk menjadi perenang professional kerana sudah tak lagi berminat belajar tapi terpaksa melupakan hasratnya itu selepas menghadapi kecederaan berulang-ulang kali.

“Tak lama selepas 3 bulan apabila kerjaya saya tak menentu, saya dipilih untuk berlakon di dalam drama ‘New Tales of Gisaeng’ sekitar tahun 2011. Dan, saya tak boleh meninggalkannya (kerjaya lakonan) selepas terbabit dengan hutang. Saya teruskan dengan harapan akan berhenti selagi ada kudrat. Akhirnya, saya sudah berjaya membayar separuh daripada hutang itu ,” luahnya di hadapan pengacara rancangan itu.

Sung Hoon akan tampil di dalam drama MBN terbaru Level Up di samping Baro dan Han Bo Reum.

Sumber: hankookilbo

loading...