Polis berjanji akan menyiasat kembali Han Bin (B.I) semula atas dakwaan penyalahgunaan dadah

Berita skandal pendedahan urusan jual beli dadah melibatkan Han Bin (B.I), bekas ahli kumpulan iKON , Han Seo Hee dan Yang Hyun Suk, mantan pemilik YG Entertainment pada minggu lepas telah menyebabkan kedua-duanya terpaksa disingkirkan daripada YG Entertainment. Adik Yang Hyun Suk juga terpaksa diberhentikan daripada menjawat CEO serta-merta.

Sebagai tindak balas terhadap laporan KBS “9 O’Clock News” semalam yang mengatakan bahawa pihak pendakwaraya telah bersikap lepas tangan terhadap kes penyalahgunaan dadah oleh B.I sehingga menyebabkannya gagal untuk didakwa di mahkamah, hari ini, ketua polis negara, Min Kyung Ryong dilaporkan telah memberi jaminan bahawa mereka akan menyiasat kembali kes tersebut.

“Saya telah arahkan Jabatan Polis bahagian Gyeonggi untuk membuka kumpulan penyiasat terbaru yang diketuai oleh ketua siasatan jenayah. Mereka akan menyiasat setelus-telusnya ,” kata Min Kyung Ryong dalam satu sidang media sebentar tadi.

“Saya telah banyak mempelajarinya daripada penyiasatan skandal Burning Sun, dan akan mempertimbangkan kemungkinan masalah yang tak dapat dikenalpasti sehinggalah penyiasatan dapat diselesaikan. Polis telah menyiapkan kumpulan penyiasat sebanyak 16 orang, di mana mereka akan menyiasat B.I semula di atas cubaan penyalahgunaan dadah pada tahun 2016, dan bagaimana Yang Hyun Suk mungkin terlibat dalam mengganggu siasatan polis pada masa itu,” katanya lagi.

Baca lagi : [Terkini] Malu diseret dengan tuduhan membeli dadah, B.I umum keluar dari iKON  ; [Gempar] Wanita misteri yang berhubung dengan Han Bin (B.I) untuk urusan jual beli dadah ialah Han Seo Hee

Sumber: mydaily , hankyung

loading...