Selepas Taecyeon selesai berkhidmat, kali ini giliran Lee Junho pula kena ‘enlist’ mulai hari ini

Lee Jun Ho daripada kumpulan kpop, 2PM dijadualkan akan menyertai latihan khidmat ketenteraan bermula hari ini pada 30 Mei 2019.

Lee Jun Ho akan menyertai kem latihan pada tengah hari ini dan akan menerima latihan secukupnya sebelum dipanggil untuk berkhidmat sebagai pekerja sosial. Maklumat tentang tempat dan masa kemasukannya tidak diberitahu pada pihak media atas sebab privasi.

Sebelum ini, agensi yang mewakili Lee Jun Ho, JYP memaklumkan bahawa kecederaan pada bahu kanannya akibat bermain akrobatik sehingga hampir patah tulang menyebabkan Lee Jun Ho tak dapat dimasukkan ke dalam program latihan ketenteraan, sebaliknya hanya berkhidmat sebagai pekerja sosial.

Selain bergelar penyanyi, Lee Jun Ho juga ialah seorang pelakon yang agak terkenal sebaris dengan rakan sekumpulannya, Taecyeon dan Nichkhun. Taecyeon baru saja selesai menjalani latihan ketenteraan dan sedang menimbangkan drama terbaru. Antara drama-drama lakonan Lee Jun Ho ialah tvN Confession, KBS Chief Kim, dan jtbc Just Between The Lovers membuatkan namanya agak sinonim dalam kalangan peminat drama korea.

Sumber : tv report

loading...