Jo Jung Suk bakal jadi doktor di dalam drama terbaru gabungan pengarah & penulis skrip tvN Reply 1988 ?

Berita yang betul-betul mengejutkan. Duo pengarah dan penulis skrip yang bertanggungjawab menghasilkan drama tvN Reply 1988 sebelum ini, iaitu Shin Won Ho dan Lee Woo Jung akan kembali dengan naskah terbaru yang bakal menampilkan pelakon Jo Jung Suk sebagai pelakon utamanya.

Menurut portal IS Plus yang berpandukan pada sumber terdekat daripada penggiat industri hiburan, mereka berkata, “Jo Jung Suk akan membintangi drama arahan Shin Won Ho berjudul “Wise Doctor Life”.” Drama ini dikatakan trilogi ke-2 arahan sutradara itu kepada drama yang memenangi Drama of The Year 7th CARI Kdrama Awards baru-baru ini, iaitu “Wise Prison Life” atau dikenali sebagai “Prison Playbook” yang memaparkan kisah tentang sekumpulan banduan yang tinggal di dalam penjara. Lebih menarik lagi, pemenang Best Director CARI Kdrama Awards ini juga telah memilih rakan penulis skripnya, Lee Woo Jung yang telah bekerjasama dengannya menerusi tiga drama bersiri Reply 1988, Reply 1994, dan Reply 1994 sebelum ini.

“Wise Doctor Life” akan menggunakan hospital sebagai latar belakang cerita di mana doktor dan jururawat bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit. Mengenangkan Shin Won Ho lebih suka menyelitkan dramanya dengan kisah realistik sambil disertakan dengan ‘twist’ yang beremosi di penghujungnya dan juga didukungi dengan unsur-unsur ‘dark comedy’ diantaranya, pasti “Wise Doctor Life” akan berlainan seperti yang biasa ditontoni di dalam kebanyakan drama korea berkenaan medikal.

Jo Jung Suk yang sedang membintangi SBS Nokdu Flowers telah ditawarkan watak seorang doktor manakala watak heroin pula belum ditawarkan kepada sesiapa pun lagi. Lazimnya, pengarah ini akan mengambil idol merangkap pelakon yang biasanya dikritik negatif lakonannya seperti beliau lakukan terhadap Jung Eun Ji , Go Ara, Lee Hyeri dan Krystal Jung. Jadi, siapa agaknya anda fikirkan bakal menyertai drama ini nanti?

“Wise Doctor Life” dirancang untuk dihasilkan di dalam tiga musim dan mungkin akan dibeli hakcipta penyiarannya oleh Netflix seperti yang berlaku pada tvN Arthadal Chronicles dan Netflix Kingdom. Ia akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini.

Sumber: IS Plus

loading...