Jinyoung Got7 telah mengadakan satu temubual bersama media selepas drama tvN “He is Psychometric” melabuhkan tirainya pada 3 Mei lalu. Terasa sedikit kecewa, gusar dan gementar dengan persembahan lakonannya, namun dia berterima kasih diberi peluang memegang watak utama untuk kali pertama, dan bergembira dengan sokongan orang ramai termasuklah daripada kalangan pelakon dan juga ahli kumpulan Got7 . Jinyoung juga turut mengulas mengenai prestasinya sebagai seorang idola dan pelakon pada masa yang sama.
Jinyoung Got7 telah berada di industri hiburan selama 7 tahun. Dia mula debut sebagai pelakon di dalam dalam drama “Dream High 2 ” pada tahun 2012 sebelum menjadi ahli JJ Project bersama JB. Pembentukan 5 ahli itu seterusnya menjadi Got7. Dia juga pernah memegang watak remaja untuk Ju Jin Mo dan Lee Min Ho di dalam drama “This is my Love” (2015) dan “Legend of the Blue Sea” (2016). Pada tahun 2017, dia berlakon filem pertamanya ( A Stray Goat) dan seterusnya tahun ini disusuli dengan lakonan watak utama Lee Ahn di dalam tvN “He is Psychometric”.
Apabila ditanya mengenai pengalaman drama ini. Dia tertawa lalu berkata, ” Saya berterima kasih kerana semuanya berjalan lancar sehingga akhir. Saya kagum dan bangga dengan usaha semua krew dan para pelakon drama ini”. Jinyoung juga menyatakan ianya merupakan tanggungjawab yang berat apabila dia memegang peranan utama di samping para pelakon yang lebih berpengalaman. “Pengarah dan para pelakon yang lain turut membantu saya dan saya belajar dan dapat lebih memahami watak saya,” ujarnya.
Mengenai “kissing scene” dengan heroin Shin Ye Eun, Jinyoung menyatakan dia dimarahi oleh pengarah kerana pada mulanya ia kelihatan janggal. Namun hasil tunjuk ajar pengarah, adegan itu dapat diselesaikan dengan baik. Jinyoung juga yakin peminat faham ianya cuma lakonan walaupun mungkin ada juga peminat yang tidak menyukai adegan itu. Hasilnya, dia telah cuba buat yang terbaik untuk drama ini.
Bercakap mengenai kerjaya idol bergelar aktor, Jinyoung memahami sentimen negatif dan prejudis tentang lakonan seorang idola. Dia turut terkesan dan berfikir adakah lakonannya sama sahaja untuk semua watak yang dipersembahkan. Sejurus dengan itu, dia meminta nasihat senior, Junho 2PM dan Junho. Mereka menyatakan bagus untuk memikirkan kualiti lakonan tapi adalah lebih baik dia melupakan semua itu dan memfokuskan hanya pada karakter itu saja. Jinyoung turut menamakan idola lain yang berjaya melepasi pandangan “streotytpe” masyarakat selain Junho iaitu Do Kyung Soo ( EXO) dan Doojoon ( Highlight). Jinyoung berharap mengikuti jejak langkah mereka dan fokus pada kedua -dua lakonan dan nyanyian.
Mengenai penglibatannya dalam kerjaya nyanyian pula, Jinyoung akan kembali sibuk dengan muzik video dan lagu baru Got7 yang akan dilancarkan pada 20 Mei hari ini yang berjudul “Eclipse “. Dia juga turut menyumbangkan lagu untuk album “Spinning Top: Between Security and Inscecurity”. Khas untuk peminat, bolehlah menghadiri acara khas perjumpaan peminat drama ” He is Psychometric bersama Jinyoung di Bangkok, Thailand. Acara ini akan diadakan pada 21 Julai 2019.
Sumber : Sportseoul, Got7 official Twitter
Baca lagi :https://kmania.info/2019/02/17/poster-rasmi-tvn-he-is-psychometric-memukau-perhatian-netizen/