Bukan lagi rahsia, gambar So Ji Sub berpimpinan tangan dengan Jo Eun Jung bertebaran di laman sosial

Bagi meraikan pasangan merpati sejoli, So Ji Sub dan Jo Eun Jung, portal Dispatch turut tidak ketinggalan mengambil kesempatan untuk meletakkan gambar mereka sedang ‘dating’ bersama.

Gambar-gambar ‘dating’ tersebut dipercayai dipetik sewaktu So Ji Sub keluar menemani Jo Eun Jung sambil berpimpinan tangan berjalan sepanjang lorong Hannamdong. So Ji Sub membeli dua gelas kopi buat dirinya dan Jo Eun Jung. Mereka kelihatan mesra dan tak berapa mempedulikan masyarakat di sekeliling.

 

So Ji Sub dan Jo Eun Jung dikhabarkan pertama kali bertemu ketika wartawan menemuramah aktor tersebut sempena penayangan filem lakonannya “Be With You” menerusi rancangan SBS ‘Night of Real Entertainment’ pada Mac 2018. Dilaporkan keduanya sering bertemu secara tidak sengaja selepas itu sehinggakan hubungan mereka berkembang dengan baik.

Tak mahu lagi berteka-teki, So Ji Sub turut berkongsikan surat untuk para peminat menerusi Instagram agensinya. Beliau secara peribadi turut mengesahkan percintaannya dengan Jo Eun Jung.

Sumber: Dispatch

loading...