Bakal debut 22.5.19, AB6IX sedia menawan industri muzik dan para peminat!

Jika sebelum ini diberitakan Park Woo Jin ingin menjadi ‘rapper’ berharga buat kumpulan baru AB6IX, kali ini kami akan perkenalkan siapakah gerangan mereka ini.

AB6IX dahulunya dikenali sebagai BRANDNEWBOYS yang dianggotai oleh lima anak muda di bawah agensi Brand New Music. Kumpulan ini dianggotai oleh Youngmin, Woong, Donghyun, Woojin dan Daehwi.

Empat orang anggota asal kumpulan ini (Donghyun Woojin, Youngmin dan Daehwi) memperkenalkan diri mereka sebagai BRANDNEWBOYS ketika mula menyertai program realiti Produce 101.

Selepas berakhirnya program realiti tersebut, Youngmin dan Donghyun menubuhkan kumpulan duo MXM. Manakala Woojin dan Daehwi yang merupakan finalis program tersebut terpilih menganggotai kumpulan Wanna One. Selepas Wanna One dibubarkan, Woojin dan Daehwi kembali semula menyertai agensi asal serta bergabung semula bersama Youngmin, Donghyun dan Woong untuk membentuk AB6IX. Woong merupakan ahli baru dan juga bekas pelatih agensi YG yang dipilih untuk menyertai empat yang lain.

AB dalam perkatan AB6IX membawa maksud ABSOLUTE atau ABOVE BRANDNEW, manakala angka 6 pula bermaksud 5 ahli kumpulan ditambah 1 dengan fandom (peminat).

 

Bakal debut dengan sebuah mini album ‘B: Complete’, ia mengandungi sebanyak 7 buah lagu. Lagu berjudul “Breathe” adalah bergenrekan deep house, “Absolute” pula bertemakan hip-hop, sebuah lagu untuk peminat berjudul “Constellation”, “Friend Zone” menampilkan upbeat hip-hop, genre chic urban house dengan “Light Me Up”, serta dua buah lagu bertemakan modern rock iaitu  “Dance Between Two”, dan “Hollywood”. ‘B: Complete’ akan diriliskan secara rasmi pada 22 Mei ini tepat jam 6 petang waktu Korea Selatan.

 

Mereka juga akan berada di Malaysia sempena AB6IX Private Showcase. Pastinya para peminat tidak sabar untuk menyaksikan kelainan yang bakal ditampilkan oleh AB6IX ini memandangkan setiap mereka punya keistimewaan tersendiri.

Selamat maju jaya buat AB6IX! Untuk peminat yang ingin mengetahui aktiviti mereka, boleh follow menerusi Facebook AB6IX dan Instagram AB6IX.

Jom saksikan klip video AB6IX berjudul  “Hollywood”

loading...