Rogol beramai-ramai, Choi Jong Hoon akhirnya diberkas polis semalam setelah dapat perintah tahanan reman

Choi Jong Hoon, bekas ahli kumpulan FT Islands akhirnya diberkas polis semalam. Hakim Mahkamah Seksyen Seoul Tengah, Song Chung Ho  mengeluarkan perintah tahanan reman itu selepas diminta oleh polis untuk menyiasatnya kerana melanggar akta Jenayah Keganasan Seksual.

Pada 18 April lalu, beberapa orang wanita tampil mengaku pernah dirogol beramai-ramai oleh Choi Jong Hoon dan Jun Joon Young dalam keadaan tak sedar diri dan hanya mengetahui kejadian tersebut pada keesokan harinya. Mereka tak melaporkan kejadian tersebut sehinggalah skandal Burning Sun mula menular dan kedua-dua penyanyi tersebut telah disahkan terbabit.

Sementara itu, abang kepada kepada penyanyi kumpulan kpop wanita yang popular juga ditahan bersama-sama dengan Choi Jong Hoon. Walaupun tak dinamakan oleh media ‘mainstream’ korea, desas–desus kuat berlegar di media sosial sejak awal Februari lalu bahawa orang tersebut mungkin abang kepada Kwon Yuri, Kwon Huk Jun disebabkan hubungannya rapat dengan Seungri dan Jun Joon Young.

Choi Jong Hoon menjadi selebriti ke-3 selepas Jun Joon Young dan Park Yoo Chun (beliau tak berkait dengan skandal Burning Sun secara langsung) meringkuk dalam penjara untuk awal tahun ini saja sementara tunggu untuk dibicarakan di mahkamah. Polis juga sedang memohon perintah tahan reman terhadap Seungri di atas kesalahan menyeleweng  duit berbilion won dan culas cukai selain juga akan menyiasatnya atas dakwaan menjadi ‘bapa ayam’ dalam menyediakan khidmat pelacuran kepada golongan VVIP termasuklah dalam kalangan selebriti.

Sumber: OSEN , spottvnews

loading...