Ahli kumpulan Super Junior paling muda sekali, Choi Kyu Hyun atau dikenali sebagai Kyu Hyun akan dibebaskan hari ini setelah dua tahun menjalani latihan ketenteraan sebagai pekerja sosial. Berita kepulangannya disambut meriah oleh sebilangan ahli-ahli kumpulan Super Junior termasuklah Kim Hee Chul, Dong Hae, dan Lee Teuk di laman sosial media masing-masing.
Bermula dengan Leeteuk dengan kapsyen berbunyi , ” Kyuhyun, kamu telah bekerja keras. Kami akan bekalkan satu lagi kerusi untukmu. Super Junior telah semuanya selesai jalani latihan ketenteraan. Ia ambil masa hampir 10 tahun.
Kemudian, Donghae yang baru selesai mengadakan konsert duo bersama Eunhyuk di Kuala Lumpur pada hari Jumaat lalu, juga tak sabar-sabar menunggu ketibaan maknae mereka itu. Donghae memuatnaik gambar berdua mereka berpelukan bersama dengan komentar, “Kamu telah bekerja keras sejak dua tahun lalu. Mari kita duduk bersama mulai hari ini. Dia kembali #SJMilitaryServiceAllClear.”
Kim Hee Chul yang aktif melibatkan diri di dalam beberapa program realiti tv seperti Knowing Brothers juga tak ketinggalan menyatakan rasa terujanya di dalam laman sosial miliknya dengan kapsyen berbunyi, “Mari, mari. #Kyuhyun “.
Pada 4 Mei lalu, Kyuhyun menanya khabar kepada peminatnya , ” Ini komentar terakhir saya sebagai pekerja sosial. Terima kasih kerana menunggu saya setelah dua tahun. Saya mungkin tak dapat ucapkan ‘hello’ sewaktu hari pembebasan saya. Saya minta maaf banyak-banyak….Kita berjumpa lagi nanti.” Kyuhun menyertai pusat latihan Nonsan di Chungcheonam-do pada tahun 2017 dan beliau sedang mempertimbangkan kemunculan di dalam MBC ‘Radio Star’ sebagai hos. Dengan pembebasan KyuHyun hari ini, maka lengkaplah kesemua ahli Suju menamatkan latihan ketenteraan mereka masing-masing.
Sumber: Instagram Suju masing-masing