BTS bakal diterbangkan ke Malaysia selepas rundingan akhir di Los Angeles nanti, menurut PSM

Seperti dimaklumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan tak lama dulu bahawa mereka sedang merancang untuk membawa kumpulan kpop paling popular di seluruh dunia, BTS ke Malaysia, kali ini penganjur bersama konsert itu nanti, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengeluarkan kenyataan di laman sosial menerusi wakil mereka, Radzi Tajuddin menyokong saranan tersebut selepas rancangan kementerian tersebut berterusan mendapat kritikan dan kecaman daripada masyarakat konservatif Malaysia terutamanya dalam kalangan penggiat seni tempatan.

Berdasarkan perkembangan terkini tentang rundingan untuk membawa ke BTS ke Malaysia, Radzi berkata , ” Mesyuarat bersama agen dan promoter (Live Nation) diadakan sejak Disember 2018 di Seoul, London dan Kuala Lumpur. Walaubagainanapun kedatangan BTS masih belum 100% dimuktamadkan. Perbincangan akhir akan diadakan di Los Angeles.”

Mengulas tentang sebab-sebab kenapa perlu membawa BTS, Radzi berkata konsert BTS tersebut bakal membawa pulangan yang sangat besar kepada industri perlancongan Malaysia. “Malangnya pasaran di Malaysia adalah besar. Namun pasaran ini dilupakan dan nereka terpaksa ke negara jiran. Berapa ramai ke Singapura hanya untuk menonton Coldplay? Ditambah lagi dengan cita-cita Malaysia menjadi destinasi pelancongan utama, sesuatu perlu dilakukan bagi memulihkan imej dan jenama Malaysia terutama dalam penganjuran acara antarabangsa.”

Tambahnya lagi, “Jadi, membawa masuk BTS adalah keputusan yang strategik. Ini samalah dengan keputusan PSM melobi konsert Ed Sheeran diadakan di Stadium Nasional berbanding Axiata Arena. Hasilnya 41,000 penonton hadir dan merupakan konsert berbayar terbesar dalam sejarah Malaysia. PSM mendapat pulangan terus dari segi sewaan tempat, suite korporat, jualan tiket, parking dan tapak niaga. Pulangan tidak langsung pula melalui kesan hiliran ekonomi kepada pengendali logistik, pengusaha hotel, vendor pengurusan acara, jurutera audio, staff lapangan sehinggalah kepada peniaga food truck di luar stadium. Itu baru Ed Sheeran. Bayangkan BTS. Sesiapa yang berfikiran ‘pro-growth’ pasti tidak akan menafikan kesemua ini melainkan dirinya mempunyai agenda politik tertentu.”

Sehubungan dengan itu, Radzi juga menyatakan komitmen PSM dalam menanggung kos penyediaan tempat bagi menangani masalah permulaan kos berikutan penganjur swasta yang tak berani mengambil risiko awal kerugian sebanyak jutaan ringgit atas faktor-faktor seperti pembatalan acara pada saat-saat akhir, kerumitan proses permohonan dan cukai hiburan yang sangat tinggi.

Sumber: PSM

loading...