EXID hampir-hampir terbubar dengan pengunduran Hani & Jeonghwa dari Banana Culture Entertainment

Kumpulan EXID yang pernah popular suatu masa dahulu berhadapan dengan situasi kritikal apabila dua orang ahlinya, Hani dan Jeonghwa mengambil pendirian untuk menandatangi kontrak bersama agensi baru. Walaubagaimanapun, Banana Culture Entertainment menafikan bahawa EXID akan terbubar dengan keluarnya mereka.

Dalam kenyataan agensi itu sebentar tadi, kontrak bersama mereka akan tamat pada akhir Mei ini. Agensi turut memberikan jaminan bahawa ahli-ahli yang masih menandatangani kontrak dengan mereka, iaitu Solji dan LE akan membuat kemunculan semula secara solo manakala Hyerin pula akan melibatkan diri dalam bidang penyiaran. Kelima-lima ahli juga tak memikirkan untuk membubarkan EXID dan akan mempromosikan kumpulan dengan cara mereka tersendiri di masa hadapan.

EXID akan memgeluarkan album mini terbaru menjelang 15 Mei ini.

Sumber : OSEN

loading...