Penulis skrip Kim Eun Sook rancang kembali dengan drama terbaru tentang pergaduhan monarki pula?

Desas-desus bertebaran bahawa penulis drama paling popular di Korea, Kim Eun Sook sedang menulis skrip untuk drama terbarunya kali ini berkisarkan tentang raja berpelembagaan seperti pernah dimainkan di dalam drama SBS The Last Empress dan MBC My Princess sebelum ini untuk terbitan bulan Mac tahun hadapan.

Jika diperhatikan tema yang dipilih untuk drama garapannya nanti, ia mungkin mirip dengan konsep drama SBS ‘Heirs’ garapannya sebelum ini tetapi dipersembahkan di dalam bentuk monarki. Kim Eun Sook merupakan penulis pertama yang memenangi daesang (populariti) di anugerah berprestij, Baeksang Art Awards. Beliau dikenali penulis yang suka memainkan romantik ‘chessy’ berlebihan dibantu dengan visual yang cantik bagi menggambarkan situasi tersebut. Konsep penulisan beliau sangat mudah difahami. Beliau pernah memenangi anugerah Best Screenplay menerusi SBS Secret Garden dan SBS Lovers in Paris serta beberapa kali tercalon menerusi karya-karyanya yang hit seperti KBS Descendant of The Sun, tvN Goblin, SBS Heirs dan tvN Mr. Sunshine. tvN Mr. Sunshine dikritik antara drama terbaik nukilan beliau memaparkan tentang perjuangan menentang penjajahan Jepun ke atas Korea. Drama ini akan dipertandingkan di dalam 55th Baeksang Art Awards mulai hari lusa.

Penantian mendebarkan buat aktor dan aktress yang akan menyertai dramanya kerana populariti mereka sekelip mata melonjak naik sebaik saja drama ini berjaya disiarkan seperti yang berlaku terhadap Song Joong Ki, Park Shin Yang, Hyun Bin, Lee Min Ho, Gong Yoo yang berjaya memenangi Best Actor untuk pertama kali dalam kariernya di dalam 53rd Baeksang Art Awards dan 6th CARI Kdrama Awards serta Lee Byung Hun yang meraih pencalonan Best Actor 55th Baeksang Art Awards baru-baru ini juga dan telah memenanginya di dalam 7th CARI Kdrama Awards. Tiada maklumat tentang siapakah bakal menerajui drama ini. Mungkinkah pelakon-pelakon yang baru selesai menjalani latihan ketenteraan pada tahun ini seperti Lee Min Ho (pernah bekerjasama dengannya menerusi SBS Heirs) atau Kim Soo Hyun yang akan keluar menjelang Julai ini ? Sama-sama kita nantikan.

Sekiranya Kim Soo Hyun berjaya diambil oleh Kim Eun Sook, ia akan menjadikan drama pertamanya bersama penulis skrip itu.

Belum ada cenel TV yang dilaporkan berebut mendapatkan hak penyiarannya lagi. Kim Eun Sook yang bekerja untuk SBS selama bertahun-tahun mengubah angin sejak drama Descendants of The Sun telah ditolak penyiarannya di dalam SBS dan ditayangkan di KBS sebaliknya. Cenel tvN menjadi pilihan Kim Eun Sook selepas itu.

Sumber: donga

loading...